Ramai Seb4k Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arw4h Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahy4rham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah mengvndang rasa seb4k dalam kalangan netizen yang melihat video kenangan Uwais dan ibunya itu.

@sitisarahshuib84 Happy Birthday Uwais Al Qarni anak manjaaa ibu daddy ni 💐🎂🍰🧁 #shuibsepahtu #sitisarah #uwaisalqarni@Shuib Sepahtu ♬ Buah Hati – Armada

“Happy Birthday Uwais Al Qarni anak manja ibu daddy ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa seb4k melihat video tersebut dan turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada Uwais.

“Tiba-tiba air mata ibu terasa nak menitis tengok video ini. Semoga anak-anak Allahy4rham Siti Sarah sentiasa dalam rahmat Allah dunia akhirat. Amin.

“Eh kenapa nangis tengok video ini. Al-fatihah bidadari syurga. Happy Birthday copy paste mummy. Semoga jadi abang yang terbaik dan anak yang soleh untuk mummy dan daddy.

“Selamat hari lahir Uwais Al Qarni. Semoga menjadi abang yang terbaik buat adik-adik dan anak soleh buat mummy dan daddy. Ibumu seorang wanita yang hebat. Al-fatihah,” komen netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa seakan-akan merasakan seperti arw4h Siti Sarah sendiri yang memuat naik video ini.

“Kenapa rasa macam ibu dia yang post ni eh,” komen salah seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 373,000 tontonan, 38,000 tanda suka dan lebih 223 komen.

SUMBER:xtra

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook