Tiktoker Tampil Jelaskan Isu Sebenar Video Tekvp Kek Ke Atas ‘Mak’

Video tul4r memaparkan TikToker lelaki melakukan ‘pr4nk‘ ke atas seorang wanita dengan menekvp sebiji kek hanya lakonan semata-mata.

Lelaki tersebut Daing Ellando berkata, eksperimen sosial itu bertujuan untuk melihat reaksi masyarakat sekiranya mereka cakna dengan keadaan sekeliling sekali gus dapat membantu wanita berkenaan.

“Sebenarnya kita bukan nak pr4nk mak (pelakon wanita), kita nak pr4nk orang di sekeliling sama ada mereka menyedari perkara itu.
“Tapi mak terkejvt kan masa tu? Takde orang yang ambil kisah (prihatin)… itu situasi sebenar. Kalau tak, masa tu mungkin orang dah tangkap, kejar saya.. tumbvk.
“Tapi kenapa video dah vir4l, kenapa baru ada orang cari saya. Itu yang kami ingin persoalkan.. sebenarnya video tu tak habis (ditunjuk),” katanya dalam satu video penjelasan di aplikasi TikTok.
@daing.ellando SITUASI SEBENAR & PERMOHONAN MAAF🥹 #ehhdaing #daingellando #ellando #aeonrajaviral #rajaviral ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga

Bagi pelakon wanita itu pula, dia mengakui agak terkilan kerana orang di sekeliling seolah-olah tidak mengambil peduli meskipun diperlakukan sebegitu.

“Saya diberi tugas untuk melakonkan watak sebagai ibu yang membawa anak orang kurang upaya (OKU), demi membantu golongan muda di TikTok terus mencapai kejayaan.
“Langsung tidak ada orang yang peduli. Sekiranya kita dian1aya di depan orang ramai, apa yang terjadi mereka hanya diam dan tengok saja,” ujarnya.

Berikutan itu, dia tampil melakukan permohonan maaf dan menjelaskan bahawa niatnya hanya ingin membantu Daing untuk menghasilkan konten supaya menjadi lebih sukses.

“Mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.. rasa kasihan dengan Daing sebab tujuan saya untuk membantu dia supaya dia lebih sukses.
“Tetapi bertukar menjadi kutvkan, kec4man.. ada yang ugvt bunvh dan sebagainya. Saya sayang dia dan harap perkara ini tidak berterusan.. kita semua jangan terlalu mengikut emosi.
“Lakonan ini hanya untuk kesedaran bahawa kita rakyat Malaysia bukannya nak tolong pun kalau ada orang tua, OKU yang dibvli.. jarang dapat nak membantu.
“Itu yang saya nampak sendiri. Sampai saya ke kereta dalam keadaan macam tu pun, tidak ada yang bertanya atau peduli,” kata wanita berkenaan.

Sementara itu, Daing turut memohon maaf atas tindakannya jika terdapat pihak yang terkesan dengan video dihasilkan.

Terdahulu, warganet meluahkan rasa ber4ng apabila melihat wanita yang membawa anak OKU bersiar-siar di sebuah taman ‘terpaksa’ berdepan situasi bi4dab dilakukan oleh pelaku.

Sumber: TikTok Daing Ellando

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM