Nama angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tidak asing lagi dalam kalangan netizen memandangkan dia antara salah seorang tokoh yang sentiasa menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia.
Malah, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sheikh Muszaphar di laman Instagramnya, dia mendedahkan anak sulungnya, Sophea Isabella yang berusia 11 tahun sudah mula belajar subjek biologi telah berjaya menarik perhatian netizen.
Dalam video tersebut, kelihatan anaknya sedang berada di biliknya sambil memegang model jantung dan beberapa buah buku subjek biologi dilihat di atas meja belajarnya.
View this post on Instagram
Difahamkan, angkasawan yang berusia 50 tahun itu telah membuat keputusan untuk mengajar anak gadisnya itu subjek biologi dan beberapa subjek seperti Fizik serta Matem4tik Tambahan memandangkan Bella kini dalam persiapan untuk mengikuti pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk program Genius Permata Pintar (PPCS).
Bukan itu sahaja, Bella telah lulus peperiksaan bagi semester UKM pertama dan kedua sebelum ini dan dia akan menghadapi fasa terakhir bagi menghadiri 1- hari ‘Summer Camp PPCS’ dan semester UKM ketiga pada 11 hingga 21 Desember.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan bangga mereka apabila melihat kebijaksaan yang dimiliki oleh anak angkasawan itu.
Malah, netizen turut mendoakan agar segala urusan Bella untuk menghadapi ujian peperiksaan tersebut dipermudahkan dan berjaya melayakkan diri ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk program Genius Permata Pintar (PPCS).
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar,omm