Pelakon Irma Hasmie meluahkan rasa syukur apabila dapat menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya, baru-baru ini.
Menerusi muat naik di Instagram, ibu anak dua ini berkata dia bahagia apabilaberpeluang bermusafir bersama keluarganya di Tanah Suci disamping anak-anak tercinta.
“Dengan izin-NYA, sampai kami ke Madinah al-Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah, syukur yang amat sangat rezeki menjadi tetamu Allah.
“Rasa bahagia dapat merasa pemusafiran bersama family, dengan Irfhan Naylie. Paling touching dapat bawa dorang ziarah Nabi hari-hari waktu di Masjid Nabawi,” katanya.
“Di Makkah pula dapat duduk kat dataran dengan anak-anak dalam Masjidil h4r4m tengok Kaabah.
“Pastu tak sangka, SubhanAllah dapat merasa pengalaman hujan batu (ais) di tanah suci Makkah,” kongsi bintang filem Cinta Fotokopi itu.
Dalam perkongsian sama, Irma turut memohon kepada yang maha agung agar menerima taubat dan permintaan semua dan berharap kepulangannya dari Tanah Suci itu diredai Allah.
“Pada semua yang kirim doa. Semoga Allah menerima taubat kita, moga Allah terima hajat-hajat dan permintaan kita.
“Dah balik ni memang rasa rindu sangat. Semoga kepulangan kami berserta dengan reda dan keampunan Allah swt.
“Yang selalu dalam hati dan ingatan di setiap langkah saya dan sentiasa menyokong dan memberi kekuatan, doa ku moga Allah membalas dengan banyak-banyak kebaikan, bahagia dunia akhirat, dan moga Allah satukan kita kembali di syurga,” doa Irma.
View this post on Instagram
Irma yang suatu ketika dulu popular sebagai model dan pelakon kini lebih tertumpu kepada aktiviti dan misi kemanusiaan. Malah, dia juga Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia dan Ikon Media Sumbangan.Com.
Untuk info, Irma Hasmie mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada 2012. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : xtra