“Lepas P4ntang Je Saya Dah Cuba Dah…” Emma Maembong Hamil Anak Ke-2? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan

Pelakon Emma Maembong enggan mengulas lanjut mengenai d4kwaan yang mengatakan dia kini h4mil anak kedua.

Ibu kepada Shariq Gabriel itu berkata, dia akan berkongsi khabar angin mengenai keh4milannya jika perkara itu benar-benar terjadi.

“Saya tak nak cakap apa-apa… sebab saya dan suami pun masih mencuba. Kalau saya kata ya, tapi tidak ada (h4mil), saya akan s4kit. Sama juga kalau saya kata tak ada, kemudian tiba-tiba ada (h4mil), saya happy dan tak semua orang akan gembira tengok kita happy.

“Hal zuriat ni merupakan satu hal yang sens1tif. Saya memang mengharap sangat,” katanya kepada Gempak.

 

Emma berkata demikian pada majlis sidang media The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.

Dalam pada itu, Emma menjelaskan yang dia dan suami, Muhammad Shazli Azhar tidak pernah merancang jarak usia anak-anak jika suatu hari nanti mereka dikurniakan lebih daripada seorang cahaya mata.

“Dari dulu… dari zaman bujang sampailah ada suami, memang saya nak anak ramai. Setengah orang nak satu, dua tapi tidak bagi kami. Lepas pantang je saya dah cuba dah, let’s go team bola!

“Tapi Allah Maha Besar… anak pun dah berusia dua tahun. Selagi belum ada, saya tak nak cakap apa-apa,” luah Emma yang turut mengakui sunyi tinggal bersama suami dan seorang anak memandangkan dia sendiri mendewasa dalam satu keluarga yang besar.

Sekadar info, Emma berkahwin dengan juruterbang Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, pasangan dikurniakan seorang cahaya mata pada 8 November 2020.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak, IG Emma Maembong