Pelawak dan pelakon Achey, reda sekaligus menerima ketentuan Illahi apabila keputusan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani isterinya, Nor Hasanah Yahaya, negatif.
Memaklumkan perkara tersebut di Instagram, Achey di dalam sepotong video dilihat tenang memujuk isteri yang tidak dapat menahan kesedihan.
View this post on Instagram
“Syukur Alhamdulillah… Redha,” tulis Achey ringkas pada ruangan kapsyen yang sudah cukup menggambarkan segalanya.
Menerusi video sama, Nor Hasanah yang turut mesra disapa sebagai Anne sedang duduk di atas kerusi roda sambil memaut dan merapatkan wajah ke dada suaminya itu.
Serentak dengan itu, rakan selebriti dan peminat sama-sama menitipkan kata semangat buat pasangan berkenaan. Sementara itu, Anne di dalam perkongsian berlainan juga reda dengan keputusan tersebut.
“Kita usaha, Allah menentukan.
Mungkin belum ada rezeki untuk kita. Kakak sabar ya, insyaAllah ada rezekinya nanti.
“Kalau kakak sedih, mama dengan ayah 10 kali lagi sedih. Mama sayang awak dan ayah awak,” luahnya.
View this post on Instagram
Terdahulu pada Ogos lalu, Anne berkongsi perjalanannya menjalani rawatan IVF dalam usaha untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.
Achey mendirikan rumah tangga dengan Anne pada 2011.
Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: MH