“Saya Sangat Menghargai Orang Yang Bernama Ungku Ismail Aziz,” – Nad Zainal

Pelakon Nad Zainal membuat kemunculan pertama menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Sabtu bagi menjelaskan keadaan terkininya selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendar4han dalam p4ru-p4ru.

Sambil meluahkan rasa syukur dan dedikasi kepada semua pihak yang tidak putvs memberikan sokongan, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, turut mengulas mengenai status hubungannya dengan rakan artis, Ungku Ismail Aziz.

Memberikan penjelasan ringkas, Nad akui aktor berkenaan merupakan lelaki yang banyak memberikan sokongan.

“Cukuplah saya cakap, pada waktu ini dia rapat dengan saya. Saya sangat-sangat menghargai orang yang bernama Ungku Ismail Aziz. Dah cukup… saya tak nak jawab. Tak elok,” katanya.

Bintang drama Cinta Buta itu turut menambah, Ungku Ismail banyak membantu dan menjawab segala spekvlasi mengenai dirinya.

“Dia banyak membantu dan memberi semangat, orang kata menjawab segala spekvlasi. Itu sajalah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut terharu apabila atas titipan mora yang diberikan ibu bapa dan rakan artis.

“Waktu saya s4kit alhamdulillah kawan-kawan terdekat ada dan saya tahu saya tak salah pilih kawan. Mereka sayang saya dan saya lagi berjuta-juta kali sayang mereka.

“Cumanya saya kesian mereka sentiasa risau. Ibu bapa saya apatah lagi. Mereka sangat kvat. Saya gembira ibu bapa sentiasa bersama walau saya ni d3gil tapi mereka tetap bersama saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, sejak 20 November lalu akibat j4ngkitan kvman pada p4ru-p4ru.

Sejak Nad dirawat di hospital, pelakon Ungku Ismail dan juga pengarah Shahrulezad Mohammedin kerap berkongsi perkembangan aktres berkenaan menerusi media sosial masing-masing.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH