Lucu! ‘The Rock’ tadah muka disolek anak perempuan

Pelakon, Dwayne Johnson berkongsi video comel memaparkan dirinya bersama anak perempuannya, Jasmine Johnson dan Tia Giana Johnson bermain alat solek.

Tidak hanya itu, Johnson yang popular dengan gelaran ‘The Rock’ dalam arena gusti turut ditata gaya dengan rambut palsu berwarna per4ng yang diwarnakan dengan warna biru dan merah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dwayne Johnson (@therock)

“Pagi pertama di rumah, seawal jam 8 pagi, mereka sudah bersiap sedia untuk berikan ‘makeover’ kepada ‘Dwanta Claus’ sebelum Krismas bermula.

“Saya tak lihat diri saya di dalam cermin, tapi saya rasa saya sangat ‘cool’. Dwanta perlvk4n tutu dan ‘DIG-NUH-DEE’ (maruah),” tulisnya di ruangan kenyataan.

Anaknya, Jasmine turut mengenakan pemerah pipi kepada bapanya untuk disesuaikan dengan warna gincu dan pembayang mata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dwayne Johnson (@therock)

Lebih lucu, dalam video kedua yang dimuat naik, anaknya menyarungkan skirt tutu ke kepalanya memandangkan ia tidak muat dipakai ke kaki.

Sejak dimuat naik dua hari lalu, dua video yang dimuat naik itu diulang tonton masing-masing lebih 74 juta dan 22 juta tontonan di Instagram.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM