SETIAP kali negeri kelahirannya iaitu Sabah di timpa musibah, pelawak Atu Zero dan isteri, Shafeeqa Johari antara individu awal yang sibuk memberi bantuan termasuk menggunakan medium media sosial bagi meminta bantuan orang ramai yang ingin turut menyumbang.
Terbaharu, ins1den 100 buah rumah musnah akib4t dipvkul ombak berikutan air pasang yang melanda kawasan setinggan di Kampung Forest, Sandakan, Sabah turut membuatkan pasangan itu tidak senang duduk mengenangkan nasib m4ngsa yang terkesan.
Bagaimanapun, Shafeeqa mewakili Atu sempat memohon maaf kepada orang ramai sekiranya hantaran meminta bantuan di Instagram tidak disenangi oleh segelintir pihak.
Katanya, niat dia hanya mahu membantu orang yang dalam kesusahan memandangkan suaminya sendiri pernah berdepan dengan situasi sama sebelum ini.
Shafeeqa mohon maaf kerana selalu meminta bantuan.
“Terlebih dahulu saya memohon maaf jika saya selalu sangat meminta bantuan. Kami bukan siapa-siapa. Kami hanya ingin membantu saudara-saudara Islam kita di sana.
“Memahami situasi mereka kerana Atu sendiri juga pernah mengalami situasi yang sama,” katanya.
Perkara itu dikongsikan Shafeeqa menerusi Instagram miliknya bersama beberapa gambar keadaan rumah musnah dipercayai dipvkul ombak air pasang baru-baru ini.
Tambah Shafeeqa, dia hanya sekadar mahu mencuba nasib sekiranya ada pihak yang ingin sama-sama membantu memandangkan mereka tidak mampu menghulurkan membantu seorang diri.
“Saya mencuba nasib jika ada diantara followers dan orang semenanjung mahu membantu mereka… tidak mereka meminta, kami yang mahu membantu.
Atu dan isteri kerap menghulurkan bantuan buat rakyat Sabah yang memerlvk4n.
“Tidak dapat ke laut mencari rezeki dan sememangnya kehidupan mereka susah, hilang lagi tempat berteduh. Saya berseorang tidak mampu bantu semua,” katanya lagi.
Dalam perkongsian tersebut, Shafeeqa turut memaklumkan lebih 500 buah rumah lagi turut ter4ncam dipvkul ombak berikutan air laut pasang besar yang berlaku pada malam Ahad.
“Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan hari ini, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2,” kongsinya.
Untuk rekod, Shafeeqa juga sebelum ini turut menghulurkan bantuan dengan menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas h0sp1tal semasa musim pandemik.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar