Kes Sam4n Kakak Ipar, Mahkamah T0lak Rayuan Ali Puteh

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini men0lak rayuan pelawak, Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi sam4n fitn4h terhadap Siti Norhidayah Mohd Ali.

Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya diperintah membayar RM60,000 kepada b4lu Allahy4rham Abam Bocey itu oleh Mahkamah Sesyen pada 18 Februari lalu, kerana mengeluarkan kata-kata menga1bkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut men0lak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang men0lak tuntutan sam4n mereka terhadap Norhidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Sam4n itu berkaitan temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Aliff Syukri.

Sementara itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen, Februari lalu selepas membenarkan tuntutan sam4nnya, turut dit0lak.

Peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh berkata, setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan susulan daripada anak guamnya sama ada untuk mengemukakan rayuan.

“Prosiding hari ini dilaksana secara tertutup menerusi aplikasi Zoom. Anak guam saya, Ali tidak ada bersama, tapi saya sudah maklumkan perkara ini.

“Setakat ini saya belum menerima apa-apa arahan daripada anak guam untuk buat rayuan. Pihak kita terima keputusan dibuat mahkamah hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam prosiding itu, Norhidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad.

Kontr0versi bermula apabila Norhidayah memfailkan sam4n keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga, antara lain menvduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim.

Dia juga memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan sam4n fitn4h terhadap Norhidayah dan Aliff Syukri.

Allahy4rham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh men1nggal dunia pada 10 Februari 2020.

Norhidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM