Netizen Terg4mam Tokti Beli Rumah Mewah Pertama Di Dubai -“Alhamdulilah, rezeki dia!”

Nama penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti tidak asing dalam dunia hiburan. Mana tidaknya, beliau sering dijadikan idola ramai dengan pencapaiannya sebagai penyanyi nombor satu negara.

Pun begitu, baru-baru ini, Tokti menjadi bualan h4ngat netizen apabila dia dipercayai membeli sebuah rumah yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

@watieysoong @Siti Nurhaliza #fyp ♬ Ya Tabtab Wa Dallaa – Nancy Ajram

Menerusi IG story yang dimuat naik oleh Tokti, dia meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diperolehnya itu dan dalam video terbabit, kelihatan penyanyi yang berusia 43 tahun tersebut bersama dua orang anaknya sedang meninjau sebuah kondominium mewah dengan pemandangan yang menakjubkan.

Difahamkan, Tokti telah membeli rumah pertama di Dubai itu dan perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Asyraf Khalid yang menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian yang dikecapinya.

“Tahniah Mak Iti atas penpaian memiliki rumah pertama di Dubai. Sangat gembira dan bangga melihat pencapaian awak. Ia merupakan inspirasi buat saya dan Tya.
“Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak iti. Ap doakan Allah murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti. Awak benar-benar layak untuk semua kerja keras awak selama ini.
“Harapnya selepas ini Ap ke Dubai, tak payah la sewa hotel dah,” ujarnya berseloroh.

Alhamdulilah, berkat usaha Tokti!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejayaan Tokti dapat membeli sebuah rumah mewah dengan berkat usahanya selama ini sebagai seorang penggiat seni.

Tahniah Tokti

Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan tahniah buat penyanyi itu dan ramai mengimpikan rezeki seperti yang dimilikinya.

Sumber: TikTok @watieysoong, Instagram @ctdk, @asyrafkhalid

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM