Puteri Sarah Bercerita Bukan Untuk Buka A1b. Ini Pended4hannya

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan niatnya untuk bercerita mengenai kisah hidupnya yang terjadi pada ketika adalah untuk memberi semangat kepada wanita di luar sana dan bukan untuk membuka a1b mana-mana pihak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @amyziana2 di laman TikToknya, kelihatan pelakon yang berusia 37 tahun itu sedang meluangkan masa bersama pengikutnya dengan membuat siaran secara langsung di aplikasi tersebut.

@amyziana2

kebiasaan Sarah memberi semangat..Sy share yg murni2 je ye dan pesanan yg murni2 untuk mStar juga šŸ¤­

ā™¬ original sound – Amyziana2

ā€œSarah nak tanya, Sarah cerita ni buka a1b atau memberi semangat kepada korang untuk menjadi lebih baik? Sarah cuma nak beri semangat, saya bagi korang semua motivasi.
ā€œBuat apa korang nak sedih-sedih? Kemudian, jika ada apa-apa yang berlaku pada korang semua, korang keluar dengan ada maruah. Jangan keluar menangis! Faham wanita-wanita kat luar tu?ā€ ujarnya.

Sebelum ini, kec0h di media sosial apabila Puteri Sarah mendakwa suaminya yang merupakan pengarah tersohor tanah air, Syamsul Yusof telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand namun, tiada sebarang pengakuan sebenar sehingga ke hari ini.

Sebaiknya, kita sebagai netizen mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah dan keluarga agar masalah yang dialaminya kini diselesaikan dengan cara baik dan mendapat keadilan yang sewajarnya.

Sumber: TikTok @amyziana2, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook