Wajah Nur sy4kirin Husnal Az’hari sememangnya cukup sinonim dengan saluran televisyen membeli-belah Go Shop selama beberapa tahun lamanya. Keletahnya yang bersahaja mempromosikan pelbagai barangan menjadikan dirinya menjadi sebutan sehingga sering digelar kakak Go Shop!
Pada usia 33 tahun, ibu kepada dua cahaya mata ini boleh berbangga dengan pencapaian akademik yang dimilikinya kerana baru-baru ini, dia telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana.
Menjengah laman Instagram miliknya, Syarikin Husnal merupakan graduan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pemasaran). Lebih membanggakan, sy4kirin menamatkan pengajiannya dengan memperolehi purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.98 dan sekaligus dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK.
Berkongsi perjalanan sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang, graduan dalam bidang kejuruteraan biokimia dari Donyang Mirae University dan Yonsei University Korea Selatan ini mengakui bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu ketika menyambung pelajaran.
Tambah sy4kirin lagi, ketika menyambung pengajian dia h4mil dan banyak melakukan kerja luar serta terlibat menyertai kegiatan ko-korikulum dan menguruskan kempen pilihan raya. Wanita yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Korea sememangnya bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga serta pelajaran agar apa yang diimpikan dapat tercapai.
“Alhamdulillah saya mempunyai sistem sokongan yang kuat. Dan sudah tentu, saya banyak berkorban untuk berada di tahap ini, terutamanya berkorban masa lapang. Sesungguhnya tiada yang lebih menggembirakan selain dapat melihat hasil jerih payah ,” kongsinya apabila pengikut Instagramnya mengajukan pertanyaan bagaimana dia berjaya menamatkan pengajiannya walaupun sibuk.
Pasti ramai yang merindui kelibatnya di rangkaian Go Shop, bukan? sy4kirin sudah menamatkan perkhidmatannya bersama Astro selepas 11 tahun berkidmat di syarikat penyiaran terbesar negara itu. Baru-baru ini, sy4kirin dilihat memulakan tugas rasminya dalam sektor kerajaan.
Untuk rekod, sy4kirin mendirikan rumah tangga pada 23 November 2013. Hasil perkongsian hidup dengan Muhammad Faris Arriffin, mereka dikurniakan dua orang cahayamata.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : NONA