Ayda Jebat Lega, Fyna Jebat Mengaku Sudah Berkahwin Dengan Datuk Zainal Abidin

Selepas ura-ura berkenaan seorang selebriti yang juga adik kepada artis terkenal berkahwin dengan pengendali pasukan bola $epak berusia 60 an, Datuk Zainal Abidin Hassan tersebar, nama Fyna Jebat telah ‘dipetik’ netizen mengikut ciri-ciri yang dinyatakan media sebelum ini.

Teka-teki dengan  akhirnya terjawab apabila Fyna sendirin sudah mengakui kini dia sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola $epak kebangsaan itu.

“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak. Harap doakan saya dan keluarga,” kata Fyna Jebat ketika diminta mengulas dakwaan dirinya sudah berkahwin dengan bekas pengendali Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61, yang tular di media sosial ketika ini.

Namun Fyna atau nama sebenar, Nur Syafinaz Jebat, 29, yang juga adik kepada penyanyi terkenal Ayda Jebat berkata, dia tidak dapat mengulas butiran terperinci mengenai majlis pernikahannya itu.

    “Apa yang saya boleh beritahu, suami beri s0kongan untuk saya memasuki Famili Duo,”katanya.

Fyna ditemui pada sidang media selepas persembahan konsert mingguan Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, sebentar tadi.

Ayda Jebat Lega Keberan1an Adik Sahkan Sudah Bernikah

Dalam pada itu, Ayda yang juga kakak kepada pemenang tempat ketiga program Akademik Fantasia musim ke-9 mengakui berasa lega apabila adiknya berani mended4hkan hal tersebut kepada umum selepas go$ip tersebut beredar sejak minggu lepas.

“Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang.

“Terima kasih atas doa kepada kami,” katanya.

Seperti mana dipetik menerusi portal berita, Fyna berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan komen baik terhadap perkahwinannya.

Untuk rekod, Zainal Abidin pernah berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak. Dan merupakan penyer4ng skuad kebangsaan era 1980-an dan 1990-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH