“Sampai Hati Kamu…,”- Puteri Sarah Terkilan Dengan Syamsul Yusof

Pelakon, Puteri Sarah Liyana akui terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh suaminya yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof kerana sering membuat ibu bapanya bersedih hati.

Jelas Puteri Sarah, dia percaya setiap perbuatan pasti adalah balasannya di kemudian hari.

“Datuk Yusof Haslam sudah seperti bapa saya sendiri. Bukan lagi bapa mentua tapi macam bapa kandung sendiri. Bukan sekali dua papa menangis sebabkan awak. Berkali-kali.

“Sampai hati kamu. Jangan jadi anak derh4ka. Kamu juga buat ibu menangis. Ketawalah belah sana, ketawalah. Kifarah itu ada,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.

Katanya lagi, walau apa pun yang berlaku, kebahagiaan kedua ibu bapa mentua itu tetap menjadi keutamaannya sampai bila-bila.

“InsyaAllah saya pergi umrah 26 Januari ini. Saya akan doakan kebahagiaan mama dan papa. Saya tak bahagia tak mengapa.

“Saya boleh sembuh sendiri tapi jangan papa dan mama,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Yusof akui kesal dengan sikap Syamsul yang menyembunyikan perkahwinannya bersama Ira Kazar serta tidak berterus terang dengan Puteri Sarah.

Dakwanya lagi, dia hanya mengetahui mengenai perkahwinan Syamsul selepas menonton hantaran video yang dimuat naik anaknya itu pada Jumaat.

Terdahulu, Syamsul memaklumkan dirinya telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapanya, Kazar Saisi pada tanggal 6 Januari lalu.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH