Kemelvt rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau biasa dipanggil Sera suatu ketika dulu pernah menjadi topik utama media.
Pergi bersama Sera
Namun, selepas beberapa waktu ‘tenang’ seketika, Shuk dan Sera telah berkongsi momen menunaikan umrah bersama jemaah yang lain dan memuat naik gambar di hadapan kota suci.
View this post on Instagram
Bersyukur diberi peluang tunai umrah kali ke-2
Dalam kapsyen yang disertakan, Shuk telah mengucapkan syukur kerana diberi peluang untuk menunaikan umrah buat kali kedua dan menjadi tetamu Allah selepas tahun lalu turut berada disana.
View this post on Instagram
Alhamdulillah syukur
Perkongsian yang dibuat Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet.
Rata-rata menzahirkan rasa syukur melihat pelawak itu hadir bersama Sera ke Tanah Suci bagi beribadah dan mendoakan hubungan mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Wanita hebat yang perlu dicontohi
Semoga urusan dipermudah
Semoga yang baik2 untuk Shuk dan keluarga
Berdamailah demi anak2
Untuk rekod, Shuk Sahar pernah beberapa kali ‘kant0i’ cur4ng dengan seorang wanita sehingga membuatkan isterinya t4war hati’ dan keluar dari rumah.
Mereka juga dilihat pernah hadir ke mahkamah syariah dan belum ada kata putvs berkenaan hubungan rumah tangga mereka sehingga ke hari ini.
Semoga semuanya dalam keadaan baik dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan lancar.
Sumber: Instagram Shuk Sahar, OMM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook