Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberi respons selepas suaminya, Syamsul Yusof membuat pengakuan bahawa telah selamat menikahi Ira Kazar di Thailand hari ini.
Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, terdapat beberapa perkara kurang tepat diperkatakan oleh suaminya sekali gus dia perlu menjelaskan fakta sebenar.
Menurut Sarah, dia sudah memberi peluang sepanjang empat tahun untuk berbincang mengenai berkahwin dua tetapi suaminya pula seolah-olah bertindak seperti ‘m4ngsa keadaan’.
View this post on Instagram
Selain itu, pelakon berusia 37 tahun itu turut menjelaskan dia terpaksa tinggal serumah bersama ibu bapa serta mentua oleh kerana mempunyai dua cahaya mata yang masih kecil.
View this post on Instagram
“Sebab I perlu orang menjaga dan membesarkan anak-anak bersama dengan I. You takde, You tinggalkan kami. I terkontang kanting, terpaksa menjawab soalan anak-anak. Mana ayah diaorang?
“Lepas ni, kita selesaikan semua ni kat dalam mahkamah. I tak nak tanggung beb4n seorang diri menjawab soalan anak-anak,” ujarnya.
Puteri Sarah Minta Dilepaskan
Kemelvt rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampak gayanya bakal menemui titik noktah apabila aktres berusia 38 tahun itu memuat naik hantaran berupa ‘bayangan’ mereka akan bercer4i.
Menerusi hantaran terbaru Sarah di Instagram miliknya, dia meminta agar Syamsul lepaskannya kerana tidak rela dimadu.
View this post on Instagram
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengaku dia sudah penat menunggu pengarah tersohor itu untuk tampil berbincang mengenai masalah rumah tangganya.
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu.”-Puteri Sarah
Terdahulu, Syamsul memuat naik gambar pernikahan sewaktu menikahi Puteri Sarah dan juga Ira Kaza di laman Instagram dengan menitipkan pesanan agar kedua-dua isterinya bersabar serta bertenang.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.