Alami Perubahan Fizikal, Penampilan Terkini Almy Nadia Tar1k Perhatian Ramai

Pelakon wanita, Datin Almy Nadia atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah menjadi bualan ramai gara-gara perubahan fizikalnya sehingga mencetvskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Almy sedang menvnggang motosikal sambil dirakam oleh suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Fizz Fairuz.

@binafshasweet880609 Membalas kepada @munalizahkadari #LiveLikeAPanda #fyp #trending #90s #gossip #gossip #norainibasre #foryourpage90s #binafshasweet #almynadia ♬ bunyi asal – Noraini Basre

“Dia pun nak juga..pergi jalan ambil anak,” ujar Fizz Fairuz dalam video tersebut.

Dalam video tersebut, Almy yang menvnggang motosikal jenis skuter sambil memakai baju berwarna kuning yang dipercayai dalam perjalanan mahu mengambil anaknya.

Terkejvt tengok perubahan fizikal Almy!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen meluahkan rasa terkejvt apabila melihat perubahan bentuk badan pelakon yang berusia 36 tahun itu yang jauh berbeza berbanding penampilannya dahulu.

Malah, ada segelintir netizen bimbang akan peningkatan berat badan yang dialami Almy dan menasihati pelakon itu supaya menjaga kesihatannya bagi mengelak sebarang peny4kit.

Takpe, Almy tetap comel!

Bahkan, ada segelintir  wanita berkongsi pengalaman mereka dimana berat badan ibu akan mengalami perubahan yang mendadak selepas melahirkan zuriat.

Bagaimanapun, disebalik krit1kan yang dilemp4rkan, ramai yang memuji meskipun Almy mengalami perubahan fizikal, namun dia tetap kelihatan cantik dan comel sama seperti selalu.

Sumber: TikTok @norainibasre, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook