Bekas Isteri DDNK Sokong Puteri Sarah ‘Dilep4skan’, Lelaki Harus Bersifat Pelindung

Bekas isteri pakar pelaburan saham terkenal, Datuk Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) iaitu Hasmawatie atau dikenali sebagai Atielia De Sams turut memberikan sokongan terhadap keputusan yang dibuat oleh Puteri Sarah untuk mengakhiri kemelvt rumah tangga yang dihadapinya pada ketika ini.

Menurut komen yang ditinggalkan oleh Atielia di laman Instagram Puteri Sarah, dia berharap agar pelakon yang berusia 37 tahun itu menikmati baki kehidupan yang ada untuk bahagia bersama dengan anak-anaknya.

Ujarnya, dia akan tetap berada di belakang Puteri Sarah untuk sentiasa memberi sokongan yang padu dan bukan itu sahaja, dia turut berpendapat suami sepatutnya menjadi pelindung kepada keluarga.

“Sarah, buat keputusan yang betul untuk Sarah dan anak-anak. Hidup ini sekali, nikmati hidup dengan rasa bahagia. Hidup kita pilihan kita.
“Saya tetap di belakang Sarah sokong Sarah, bagi saya suami seharusnya bersifat pelindung untuk anak dan isteri,” komennya di Instagram Puteri Sarah.

Selain Atielia, pelakon Lufya Omar berharap agar sahabatnya itu membuat tit1k noktah yang sewajarnya bagi mengelakkan dia dan anak-anak menjadi bahan fitn4h dalam kalangan netizen di alam maya.

Jelasnya, dia mahu agar Puteri Sarah dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan fokus untuk merangka masa depan anak-anaknya dengan lebih baik.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook