“Masih Cantik Macam Dulu” Penampilan Terkini Cik Puan Julita Aishah Tarik Perhatian

Bertemu jodoh dengan Yang Amat Mulia, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah membawa beliau ke dunia yang alam rumah tangga yang bahagia.

Bekas pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan di Singapura ini cukup manis orangnya. Perwatakannya yang sopan santun sesuai dengan raut wajahnya yang cukup anggun dan lembut.

Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di instagram beliau telah berkongsi ucapan ulang tahun kepada Yang Berbahagia Che Puan Muda, Che Puan Julita Aishah. 

Pasti ramai yang sudah lama tidak melihat Che Puan Julita bukan?

Tengku Fahd juga berkongsi beberapa foto terkini Che Puan Julita dalam ucapannya di Instagram.

“Selamat Hari Lahir Yang Berbahagia Che Puan Muda, Che Puan Julita Aishah. Semoga Allah terus merahm4ti anda dan keluarga.”- tulisnya di Instagram

Tengku Fahd merupakan putera kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Sultanah Kalsom Abdullah. Manakala Che Puan Julita  merupakan isteri kepada Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ahmad Shah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tengku Arif Temenggong (@tengkufahadshah.fc)

Berikut beberapa foto yang dikongsikan oleh Tengku Fahd.

DI ruangan komen, ramai yang menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kepada Che Puan Julita dan mendoakan agar beliau dipanjangkan usia juga dimurahkan rezeki.

Walaubagaimanapun, Che Puan Julita jarang terekpos di sosial media,  namun peminatnya teruja kerana akhirnya dapat melihat wajah terkini beliau. Ramai di antara mereka memuji kecantikan Che Puan Julita tetap jelita dari dulu hingga sekarang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Murai.my