Cukup 9 Tahun Jadi Isteri Syamsul Yusof, Akhirnya Puteri Sarah Ded4h Keputusan Terkini Dari Mahkamah

Berikutan kemelvt rumah tangga yang berlaku sejak empat tahun lalu, pelakon Puteri Sarah Liyana, akhirnya nekad memfailkan tuntutan cer4i terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi ini.

Menurut Sarah, dia bersyukur kerana segala urusannya telah pun dipermudahkan.

Malah, dia juga turut mended4hkan tarikh sebutan pertama tuntutannya bakal diadakan sehari sebelum ulang tahun perkahwinannya yang ke-9.

Akan tunai umrah 10 hari lagi

“Alhamdulillah syukur, segalanya sudah selesai difailkan. Saya sangat lega kerana satu beban sudah pun dilepaskan. 10 hari lagi saya akan menunaikan umrah. Semoga saya akan tenang sahaja bila di sana nanti.

Sementara itu, Sarah menyifatkan doanya sewaktu mengerjakan ibadah Umrah telah dimakbulkan oleh Allah.

Pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini berkata usaha dan istikharah yang dilakukan adalah jawapan kepada semua keputusan yang dibuat.

“Hari itu masa saya pergi umrah dan saya minta Allah tunjukkan jalan dan Allah memang dah tunjuk semua.

“Bila kita solat istikharah dan bila kita nak buat sesuatu, Allah permudahkan dan rasa tenang hati, dan maknanya inilah petunjuk yang Allah dah bagi,” katanya.

Mahu selesaikan perkahwinan usia 9 tahun ini

Ditanya tentang perasaannya berkenaan tarikh yang boleh dianggap sentim3ntal itu, jelas Sarah dia langsung tidak merasakan apa-apa kerana menganggap ia adalah pengakhiran untuk permulaan 9 tahun lepas.

“Saya tak rasa apa-apa dah. Saya rasa kita mulakan perkahwinan ini 8 Mac dan kita akhiri juga pada 8 Mac,” ujarnya.

“Kalau ikutkan, tahun ini sudah cukup sembilan tahun usia perkahwinan kami. Sebenarnya, tarikh 7 Mac yang mahkamah berikan untuk proceeding memang cukup significant kerana 8 Mac itu genap ulang tahun perkahwinan kami.

“Ia memang satu kebetulan. Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Muhammad Syamsul. Nampaknya sudah tiada rezeki lagi perhubungan kami,” katanya kepada MH.

Meskipun tarikh tersebut mempunyai simbolik tersendiri, namun Sarah memaklumkan dia sudah tidak mempunyai apa-apa rasa berhubung tarikh keramat tersebut.

“Saya tak rasa apa-apa dah. Saya rasa kita mulakan perkahwinan ini 8 Mac dan kita akhirkan juga pada 8 Mac,” ujarnya lagi.

Sarah yang tiba kira-kira pukul 10.30 pagi ditemani dua orang adiknya serta diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Dalam pada itu, Sarah turut menegaskan dia bukanlah 4nti kepada polig4mi, tetapi dia bertindak menuntut cer4i kerana kec3wa dit1pu oleh suami.

Kata Sarah lagi, segala usaha yang dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri nampaknya tidak berhasil.

“Sebenarnya p0ligami itu indah sekiranya suami itu berlaku adil. Tapi sebab saya dit1pu dan tak minta izin dan tak berbincang dulu. Jadi saya rasa ini jalan terbaik dan Alhamdulillah saya jalankan tugas sebagai seorang isteri.

“Apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya dah buat yang terbaik, berbincang dengan keluarga, saya bertahan, berjumpa dengan ustaz dan ustazah tapi sama juga masih tiada perubahan,” jelasnya.

Lega proses berjalan walaupun mungkin lama

Dalam pada itu, peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu, segala urusan pda hari ini telah pun berjalan dengan lancar.

“Urusan semua berjalan lancar. Kita dah failkan permohonan untuk cer4i. Mahkamah telah putuskan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac tahun ini.

“Sebelum itu kita akan serahkan s4man kepada defendant, Syamsul Yusof dan dia perlu hadir pada tarikh tersebut. Itu adalah tindakan pertama kami,” katanya.

Ditanya dia sedia berdepan untuk melalui proses mahkamah yang panjang, Puteri Sarah berkata, dia lega kerana sudah melakukan prosedur sepatutnya.

“Saya tidak kisah jika k3s ini berlarutan. Namun apa yang penting saya lega sudah memfailkan percer4ian hari ini.

“Malah Syamsul sendiri sudah sedia maklum mengenai perkara ini selepas dia tidak menyek4t saya di media sosial.

“Dia ada ajak saya berbincang, bagaimanapun ia belum berlaku memandangkan masing-masing masih sibuk dengan penggambaran.

“Dia juga ada menghubungi saya semalam, tapi saya tidak boleh mended4hkan apa mesej yang dihantar,” katanya lagi.

Sementara itu, Puteri Sarah menjelaskan kedua-dua anaknya masih belum dimaklumkan mengenai proses hari ini.

“Anak-anak saya masih kecil dan rasanya mereka masih belum memahami apa yang terjadi. Mereka baik-baik saja dan kini sedang dalam penjagaan keluarga dan belah mentua,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cer4i selepas kr1sis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua baru-baru ini.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH, Mstar, OMM