Nampaknya, pelakon, Puteri Sarah Liyana sudah nekad untuk berpisah dengan suaminya, Syamsul Yusof apabila hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutan Kuala Lumpur pagi ini bagi menfailkan permohonan pencer4ian.
PELAKON Puteri Sarah Liyana hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam keadaan tenang dan ceria pada pagi Isnin.
Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tiba di mahkamah kira-kira pukul 10.30 pagi ditemani oleh dua orang adiknya.
Sarah ditemani adiknya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Sarah mengenakan jubah hitam dilihat bersemangat ketika hadir untuk memfailkan pencer4ian dengan suami, pengarah Syamsul Yusof.
“Hari ini saya bersedia, bersemangat sebab ada adik-beradik datang bersama. Okay saya nak kena masuk dalam (mahkamah), doakan Sarah tau,” katanya kepada mStar.
Tiada second chance!
Menerusi laporan dari harian Metro, Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memaklumkan yang tiada lagi peluang kedua diberikan kepada Syamsul dan keputusannya adalah muktamad.
Puteri Sarah berkata, keputusan yang dibuat hari ini adalah muktamad.
“Ini jalan terbaik. Keputusan saya muktamad,” katanya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.
Sarah bagaimapun berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan pencer4ian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Sudah bersedia & bersemangat
Pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu hadir dengan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz kelihatan gembira dan bersemangat.
Dalam temu bual ringkas sebelum dia masuk ke dalam mahkamah, Sarah mengatakan yang dia sangat bersedia dan bersemangat lebih-lebih lagi ditemani adik-beradiknya yang lain termasuklah peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang menanti di dalam mahkamah.
“Saya sudah bersedia dan bersemangat sebab ada adik-beradik datang menemani,” katanya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Puteri Sarah nekad menfailkan pencer4ian selepas kr1sis rumah tangga yang dihadapi sejak 4 tahun yang lalu tidak menemui jalan penyelesaian. Ia ditambah dengan pengakuan Syamsul yang sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand baru-baru ini.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri), Mstar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook