Penampilan pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans pada malam anugerah Nona Superwoman Award 2022 baru-baru ini mencvri tumpuan ramai apabila dikatakan agak berisi.
Ia sekali gus menyebabkan segelintir warganet membuat dakwaan bahawa pelakon berusia 33 tahun itu sedang h4mil cahaya mata kedua.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Juliana menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengiktirafnya bagi kategori ‘Anugerah Kecantikan Nona’.
View this post on Instagram
“Terima kasih @majalahnona atas anugerah berprestij ini. Syukur alhamdulillah, saya harap ia dapat memberi inspirasi kepada wanita bekerjaya yang berdikari di luar sana terutama golongan ibu.
“Anda cantik dengan cara tersendiri,” tulis pemilik nama Juliana Sophie Johari Evans itu.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan sekiranya pelakon drama Dukun Diva itu sedang berbadan dua kerana kelihatan seperti ‘baby bump‘ pada bahagian perutnya.
Selain men1ngg4lkan ucapan tahniah, segelintir individu turut memuji kejelitaan Juliana yang mengenakan busana gaun berwarna kuning hasil rekaan By Farad.
Bagaimanapun, setakat ini Juliana tiada membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan orang ramai mengatakan dirinya h4mil zuriat kedua.
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang puteri Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia empat tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Instagram Juliana Evans