Baru-baru ini, suami kepada Fatin Afeefa iaitu usahawan Aliff Awang ada membuat sesi siaran langsung di TikTok bersama pengikutnya.
Apa yang menjadi perhatian apabila ada yang bertanyakan bagaimana dia menawan hati isterinya. Aliff berkata dia tidak banyak usaha meng0rat isterinya, sebaliknya Fatin yang banyak usaha.
@anynimoussss Lain mcm suami baru #fatinafeefa ni..haisss #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #trending #viral #fypdongggggggg ♬ original sound – nescafe_iCe
“Saya jawab jujur, Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian yang sepenuhnya dari saya. Jadi, masa saya nak meng0rat Fatin, tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin,” katanya.
Turut menjadi perhatian, Aliff turut menjelaskan mengenai lelaki yang dominan,‘ alpha’ dimana wanita lebih tertarik kepada lelaki seperti itu.
Kata Aliff lagi, wanita tertarik kepada lelaki yang tahu apa yang dia mahukan, mempunyai prinsip dan tidak menggunakan em0si dalam membuat keputusan.
Bagaimanapun, kenyataan Aliff itu menimbulkan rasa kurang senang netizen menganggap Aliff seorang yang nars1sistik bukannya lelaki alpha.
Untuk rekod, Fatin Afeefa dan Aliff Awang bernikah pada 30 Disember lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: OMM