Video Sebalik Tabir ‘Shooting’ Dengan Anak, Puteri Sarah Sempat Menangis Dalam Diam Bikin Sayu

Baru-baru ini, Puteri Sarah ada memuat naik video di Instagram bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Perkongsian video itu juga meraih perhatian ramai apabila ketiga beranak itu mempromosikan produk kambing perap dan berlakon bersama-sama.

Selain daripada gelagat mesra mereka ini, netizen turut tersentvh hati melihat Syaikhul yang menc1um tangan ibunya semasa Puteri Sarah cuba memberikan ‘high five’ padanya. Gelagat Syaikhul ini telah membuatkan ramai seb4k terutamanya dengan kemelvt rumah tangga yang sedang berlaku antara kedua ibu bapanya itu.

Terbaru, salah seorang krew yang mengikuti sesi penggambaran itu memuat naik video di sebalik tabir yang berlaku. Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Syaikhul yang sempat menonton semula lakonan mereka di monitor kamera manakala ibunya berada tidak jauh dari situ.

@myadahari Replying to @Norehan Yusoff358 ♬ Buah Hati – Armada

Namun apa yang mencvri tumpuan ramai ialah Puteri Sarah dilihat seperti sedang menangis dan sekali-sekala mengelap air matanya. Walaupun tidak dapat dilihat dengan jelas kerana terhalang dengan kamera, ramai yang berpendapat wanita itu sedang menangis ditambah pula dengan keadaan hidungnya yang merah itu.

Netizen sebak

Perkongsian video itu turut membuatkan ramai seb4k melihat gelagat Puteri Sarah yang kekal kvat dengan dugaan yang men1mpa rumah tangganya ini. Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan wanita itu terus diberikan kekuatan untuk menjaga kedua-dua anaknya yang sedang membesar ini.

“Sarah menang1s ke tu, allahu jangan bersed1h Sarah. Allah akan hilangkan kesed1han dengan kegembiraan bersama anak-anak.”

“Nampak macam Sarah lap air mata. Alahai sedihnya.”

“Puteri Sarah kat belakang kamera tengah nangis weh.”

Sekadar info, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan cer4i terhadap suaminya, Syamsul Yusof pada Isnin lalu. Tarikh sebutan pertama kes itu adalah pada 7 Mac yang akan datang di mana tarikh itu merupakan sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan iaitu pada 8 Mac 2014.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://www.tiktok.com/@myadahari, HCL