“Kalau Ada Rezeki Kami Nak Cahaya Mata Lelaki” – Fazura

Usia cahaya mata sulung sudah mencecah 3 tahun, pelakon Fazura berkata dia dan suaminya, Fattah Amin masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua pada tahun ini.

Memetik Harian Metro, Fazura berkata dia dan suami berharap jika dikurniakan cahaya mata lelaki pula selepas ini. 

“Memang kami merancang untuk memiliki cahaya mata kedua pada 2023 kerana anak pertama Nur Fatima Aisya akan mencecah usia 3 tahun nanti.  Fatima petah bercakap dan pemikirannya seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.

“Kalau ada rezeki, kami mahu cahaya mata lelaki tetapi kalau dapat cahaya mata perempuan pun kami terima kerana yang penting bayi yang dilahirkan itu sihat,”katanya.

Kata Fazura lagi, jika diberi rezeki dia mahu bersalin pada penghujung tahun ini namun menyerahkan soal rezeki zuriat kepada Allah.

“Kalau boleh saya nak bersalin pada penghujung tahun ini tetapi ada projek filem baru pula nak keluar,”katanya.

Berkongsikan mengenai kehidupannya, Fazura meluahkan rasa syukur hidupnya kini tenang namun perlu bijak menguruskan masa antara keluarga dan kerjaya memandangkan jadual mereka yang sibuk.

“Alhamdulillah, hidup saya sangat tenang sekarang. Sudah pasti saya perlu bijak mengatur masa untuk menguruskan Fatima, suami, bisnes dan kerjaya seni.

“Memang kami sibuk tetapi perlu cari masa untuk meluangkan masa berkualiti di rumah. Saya sangat bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya,”katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM