Selalu Dikaitkan Dengan Neelofa, Respon Fazura Tarik Perhatian Ramai

Seperti yang ramai tahu, nama pelakon Nur Fazura dan pengacara Noor Neelofa sering dikaitkan bersama apabila setiap tingkah laku mereka dan hantaran di media sosial akan menjadi perbandingan oleh netizen.

Tampil memberi reaksi, Fazura berkata dia tidak mahu membeb4nkan fikirannya dengan perkara-perkara negatif.

Menurut isteri kepada Fattah Amin itu, dia hanya ingin fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada diri sendiri dan keluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Saya tak ada pesanan kepada netizen, cuma alhamdulillah. Saya hanya memberi tumpuan kepada diri saya dan keluarga sahaja.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 39 itu berkata matlamat utama dirinya adalah untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik untuk masa akan datang.

Nak kaitkan nama saya tu saya tak boleh nak halang mereka. Perkara paling utama pada saya adalah untuk fokus ke hadapan dan jalan terus, tanpa menoleh ke belakang.

@remaja.my @Fazura memilih untuk untuk berpandang ke arah positif sahaja tanpa terlalu memikirkan lemparan spekulasi liar terutamanya di media sosial. #LotsofLove betul! #majalahremaja #remajanews #fazura #missfazura #tudungfazura #lotsoflove #fyp #fypシ #fypage #artismalaysia #selebritimalaysia ♬ original sound – Remaja

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji respon yang diberikan oleh Fazura kerana menganggap dia seorang selebriti yang sangat profesional dan berpendirian tinggi.

Sumber: Tiktok https://www.tiktok.com/@remaja.my

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook