Akhirnya Setelah 3 Tahun Belajar Dengan Pu Rahmat, Bandi Amuk Berjaya Khatam Al-Quran

Tanpa perlu menunjukkannya kepada orang ramai atau menghebahkan di media sosial, dalam diam Bandi Amuk sebenarnya menambah ilmu dan memperbaiki bacaan ayat al-Quran dengan betul.

Perkara itu dikongsi oleh PU Rahmat menerusi hantaran di Instagram di mana dia meluahkan rasa syukur dan tumpang gembira dengan Bandi serta seorang lagi anak muridnya

Ia berikutan mereka berdua telah berjaya khatam 30 juz al-Quran baru-baru ini selepas tiga tahun belajar mengaji bersama pendakwah bebas tersebut.

Saya kagum dengan usaha mereka tanpa henti selama 3 tahun lebih iaitu dari 2018 sehinga 2022 yang mana sanggup belajar daripada iqra’ kemudian berusaha untuk memperbaiki bacaan, makhraj, tajwid sehingga tahap mereka berjaya menghatamkan bacaan Al-quran mereka secara bertalaqqi.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@rahmat_ikhsan_official)

Ramai warganet mengucapkan tahniah dan turut berasa gembira dengan pencapaian bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-8 itu.

Sesetengah daripada mereka akui berasa ‘m4lu’ kerana Bandi sudah berjaya khatam sebelum mereka selain ada yang berpendapat suaranya pasti sedap didengar jika bertaranum.

SUMBER: Instagram

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook