Pelakon Azhar Sulaiman enggan berkongsikan mengenai cara dia mendidik anak-anak. Menurutnya, cara dia mendidik anak-anaknya tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.
Memetik Harian Metro, bapa kepada personaliti media sosial Kasih Iris Leona itu berkata setiap ibu bapa mempunyai cara mereka tersendiri untuk mengajar anak-anak.
View this post on Instagram
“Cara saya hanya untuk saya dan keluarga. Apa yang dipraktikkan bukan untuk dikongsikan dengan orang lain secara rasmi. Ia akan menjadi sesuatu yang menyimpang dari agama dan contoh tidak baik untuk keluarga lain ikuti. Tepuk d4da tanya selera sendiri.
“Saya perlu bertanggungjawab jugalah untuk orang lain. Maaf kepada semua wartawan,” katanya.
Menerusi Instagram, Azhar berkata dia juga terpaksa men0lak semua jemputan temubual mengenai gelaran ‘Bapa Cool’ bersama wartawan dan program hiburan.
Turut mengucapkan terima kasih kepada media, Azhar berkata dia mengambil pendekatan itu kerana beranggapan cara dia mendidik anak-anaknya tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.
Sebelum ini h4ngat diperkatakan mengenai video anak perempuan sulungnya Kasih Leia Ixora mengadakan parti di rumah menjadi perhatian ramai sehingga ada yang menggelar pelakon itu sebagai ‘bapa cool’.
Untuk rekod, Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 1996. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, serta pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.
Sumber: HM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook