Amir Masdi mahu hidupkan semula fesyen retro, tak peduli dilabel ‘tua sebelum usia’ yang penting jiwa muda

SEJAK membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian, penyanyi Amir Masdi bukan sahaja tampil dengan muzik lebih segar tetapi dengan penampilan mengikut fesyen terkini.

Amir atau Amir Syazwan Masdi, 27, berkata, dia sebenarnya sangat berminat dengan fesyen tetapi tidak mempunyai keyakinan mencuba pelbagai gaya dalam menonjolkan imej sebenarnya.

“Sebenarnya daripada dulu lagi saya memang minat fesyen. Cuma mungkin tak berapa nak berani nak mencuba untuk gaya bersesuaian.

“Saya rasa fesyen adalah universal. Kita pakai apa yang buat kita rasa yakin. Saya perlvk4n keyakinan diri itu kerana sebagai seorang penyanyi kami menjadi tumpuan ramai,” katanya kepada mStar.

amir1 - 1

Amir tidak kisah bereksperimen dengan fesyen.

Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang diadakan di PJ Pac, 1 Utama, Damansara baru-baru ini.

Mengulas lanjut tentang fesyen pilihannya, Amir mendedahkan dia lebih selesa tampil dengan gaya retro 70-an.

Menurut penyanyi lagu Kau s4kiti itu, tidak ramai yang mahu menggayakan fesyen klasik tetapi dia mahu menaikkan semula gaya berkenaan yang mempunyai nilai sentimental tertentu.

“Saya rasa tak ramai yang boleh bawa gaya retro. Saya rasa kenapa tidak saya cuba untuk bawa balik look retro tersebut.

“Kalau fesyen moden kita tahu yang mana untuk lelaki dan perempuan, tetapi fesyen retro ni ia lebih kepada uniseks iaitu lelaki boleh pakai, perempuan pun boleh pakai.

“Jadi, saya rasa fesyen ini fleksibel dan nampak lain daripada fesyen yang ada sekarang. Mungkin ada orang macam dah lama tak nampak fesyen retro ni, disebabkan itu saya mahu menghidupkannya kembali,” ujarnya.

Saya rasa tak ramai yang carry look retro. Saya rasa kenapa tidak saya cuba untuk bawa balik look retro tersebut.

AMIR MASDI

PENYANYI

Ditanya sama ada dia tidak takut dilabel tua sebelum usia kerana bergaya retro, Amir memberitahu dia tidak mengambil pusing dengan pendapat orang lain asalkan dirinya selesa menggayakan fesyen berkenaan.

“Saya tak kisah apa orang nak cakap, yang penting jiwa muda,” jawabnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Amir berkongsi dia sedang mempersiapkan diri untuk mempertaruhkan lagu Debu duet bersama penyanyi Dayang Nurfaizah yang bakal berentap di pentas AJL37 Februari depan.

amir2 - 1

Amir kini sibuk membuat persiapan untuk AJL37.

“Alhamdulillah persiapan tu dah ada dalam 50 peratus. Saya sedang mempersiapkan diri daripada segi kecergasan. Saya harap saya sihat sewaktu AJL nanti.

“Saya sendiri meletakkan harapan yang tinggi dalam setiap persembahan yang akan dibuat. Jadi, apabila bakal berduet dengan Dayang, sudah tentu saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, AJL37 akan berlangsung di Axiata Arena pada 12 Februari depan dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 pada pukul 9 malam.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar