Selepas kisah kemelvt rumah tangga menjadi perhatian ramai sekitar dua tahun lalu, pelakon Nynaa Harizal dilaporkan kini sedang hamil cahaya mata pertama.
Menurut laporan Utusan Online, pelakon berusia 27 tahun itu mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui pada sebuah majlis hiburan, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Difahamkan, Nyna hanya menghitung hari untuk melahirkan anak sulung dengan usia kandungan sudah mencecah hampir sembilan bulan sekali gus terpancar seri ibu pada wajahnya.
Bagaimanapun, pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa itu mengakui belum bersedia untuk ditemu bual bagi berkongsi perkembangan terkini terutama kepada peminat.
Namun begitu, dia berjanji akan mengumumkan kehadiran zuriatnya termasuk jantina sebaik selamat bersalin tidak lama lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, hubungan Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal dan suami Mohamed Fahmi Ilyas berdepan k0nflik apabila dipercayai terdapat campur tangan keluarga dalam perkahwinan mereka.
Nynaa pernah memfailkan percer4ian secara baik dengan Fahmi pada November 2021, namun berjaya menyelesaikan k0nflik sebelum kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak berpisah.
View this post on Instagram
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di ibu kota mengikut prosedur operasi standard (SOP) disebabkan pandemik Covid-19.
Sumber: Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly) , Instagram Nynaa Harizal
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook