Nurul Izzah Kongsi Berita Sedih, Sekali Komen Tokti Tarik Perhatian Ramai

“DARIPADA Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali.”

Demikian kata-kata yang ditulis bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ketika berkongsi berita dvka mengenai kegvgvrannya, pada Selasa.

Izzah, 43, terbuka untuk bercerita tentang berita sedih itu menerusi satu hantaran di Instagram.

Mengiringi hantaran berkenaan, Izzah turut memuat naik sekeping foto memaparkan dia dipelvk oleh kedua ibu bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelvkan.

“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama… selesai berkempen, sempat pula dij4ngkiti c0vld-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat.

“Kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya. Dikejvtkan pula dengan berita pemergian b4yi yang dikandung. The little boot is gone,” kongsinya.

Sungguhpun sedih dengan berita berkenaan, Izzah berkata dia reda dengan ketentuan Allah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah)

KOMEN SITI NURHALIZA :

“Syukur Alhamdulillah. Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza.

“Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa, yang kita ucapkan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.

“Penyembuhan adalah satu perjalanan… dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini, lakukan sahaja. Sebelum fasa kehidupan seterusnya bermula baru, InsyaAllah,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Izzah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, pada 5 Ogos tahun lalu.

Izzah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13, hasil perkahwinan pertamanya, sementara Shao Loong pula mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber/Kredit : mStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook