Penyanyi dan pelakon Naim Daniel tampil memberi kata-kata semangat memujuk sepupunya, Sissy Iman yang menerima komen kurang senang dari juri Mas Idayu dalam sebuah program realiti nyanyian pada Ahad.
Menerusi satu hantaran Naim di Instagram (IG) dia menulis panjang coretan khas buat Sissy seolah-olah mahu memujuknya dengan apa yang berlaku.
“Tak mengapa, saya ada.
“Kadang, ada ketika dimana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba.
“Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gil4 atau b3nci mencuka,” katanya.
Naim yang bergandingan dengan Sissy dalam program itu dalam pada itu memberitahu mereka berdua ada kalanya berhadapan dengan situasi yang serba tak kena untuk membuat sesuatu keputusan.
“Tak mengapa, saya ada.
“Kadang, ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan.
“Biasalah, d4rah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan.
“Tak mengapa, saya ada.
“Kadang, ada hari dimana kita berdua m4ti akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak bed4l.
“Supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal,” lu4hnya lagi.
View this post on Instagram
Pun begitu, Naim tetap memuji peribadi Sissy yang tetap pandai mengawal diri biarpun emosi tidak stabil.
“Tak mengapa, saya ada.
“Dan jangan risau, walau ada hari dimana riang awak terhakis, men4ngis tak habis bagai pisau menghiris.
“Tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis.
“Tak mengapa, saya ada,” pujuknya lagi.
Ahad lalu, Sissy Iman tersinggung sehingga mengalirkan air m4ta dengan komen juri Mas Idayu selepas dia dan Naim membuat persembahan dalam sebuah program nyanyian realiti.
Komen netizen:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak