Siapa sangka, gadis kampung yang bekerja di kilang elektronik mampu mencipta nama dalam sekelip mata selepas diangkat sebagai Juara Bintang RTM pada 1985.
Ramlah memacu nama sepantas peluru berpandu selepas satu demi satu kejayaan diraih ketika itu. Bukan hanya deretan lagu nyanyiannya menjadi siulan ramai, malah kisah per1badi dan kontr0versi juga mula melingkari hidupnya apabila berada di puncak populariti.
Bagi Ramlah, bukan mudah mahu bertahan dalam industri muzik selama 36 tahun, banyak pengalaman manis dan pahit seiring dilalui.
Namun, penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu dan Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi itu enggan mengenang kisah pahit, sebaliknya hanya menyimpul kemas kenangan manis sepanjang bergelar penyanyi dalam hatinya.
Meskipun zaman berubah, Ramlah berkata, dia bersyukur masih diterima dan dianggap anak seni tegar. Ini berikutan masih aktif menghiburkan peminat dengan karya.
Masih cantik dan memukau, begitulah pesona selebriti popular 80-an Ramlah Ram yang kini lebih aktif menumpukan masanya sebagai usahawan kosmetik.
Menyentuh perkembangan baru, Ramlah Ram kini kelihatan fokus terhadap bisnes pewangi dan kosmetik miliknya secara atas talian.
Bisnes di bawah jenama RVR Cosmetics itu mula dijalankan sewaktu pandem1k, akibat banyak vndangan menyanyi terpak$a dibatalkan.
Bermula dengan produk pewangi RVR Perfume, kini Ramlah Ram sudah mengembangkan sayap kepada produk bedak padat dan gincu di bawah jenama tersebut.
View this post on Instagram
Kerana penangan produk ini juga, beliau semakin aktif muncul di platform TikTok Shop untuk promosi berterusan.
Selain itu, beliau yang kini khabarnya hidup bersendirian kembali aktif menerima und4ngan nyanyian.
@ramlahram_official #throwback #kaukuncicintakudalamhatimu #rehearsal + #livetiktok #program #salamdarimaya #fyp #fypシ ♬ original sound – RvR By Ramlah Ram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : RvR By Ramlah Ram