Penyanyi Nourul Depp atau nama sebenarnya, Noorulhuda binti Abdul Wahab berpendapat tidak mudah untuk menjadi seorang ibu bagi membesarkan anak.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nourul di laman Instagramnya, dia berkongsi sebuah video tidak dapat menahan seb4k dengan memaklumkan menjadi seorang ibu itu lebih banyak mengeluarkan air mata berbanding ketawa.
View this post on Instagram
Jelas penyanyi yang berusia 45 tahun itu, setiap aspek yang dilakukan oleh anak mampu mengalirkan air mata seorang ibu dan dia yakin semua wanita melalui perkara yang sama.
“Menjadi seorang ibu, lebih banyak menangis dari ketawa, mengandung, menangis, melahirkan, menangis, anak dapat berjalan, menangis, anak mula bercakap, menangis.
“Anak masuk sekolah, menangis, anak capai keputusan baik, menangis, anak habis sekolah, menangis, anak graduate, menangis, anak jatvh hati, menangis, anak-anak kawin, menangis, ada cucu, pun menangis.
“So bila yang hangpa tak nangis? Waimanya, semua nangis, Macam itulah mak kita, semua wanita lalui perkara yang sama,” ujarnya di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Nourul sempat menitipkan nasihat buat orang ramai di luar sana supaya sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapa memandangkan kasih sayang mereka tiada nilai tandingnya.
Malah, dia turut berpendapat ibu bapa pasti mengetahui apa yang terbaik untuk anak-anak mereka disetiap tindak tandvk yang dilakukan oleh seorang anak.
“Ingat, kasih sayang ibu bapa kekal selamanya. Tetapi tidak bermakna anda perlu bersama mereka sepanjang masa. Anda juga mempunyai kehidupan. Tetapi pilihan tertentu yang kita buat, yang ibu bapa kita nampak ia adalah salah, mereka tahu.
“Jadi saya fikir semua lelaki dan perempuan muda harus tahu. Ibu bapa awak sayang awak,” jelasnya lagi.
Sekadar info, Nourul telah mendirikan rumah bersama Eric pada 14 Jun 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Malah, Nourul pernah membina mahligai bersama bekas suaminya, Ajai namun telah berpisah dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ayu Nazirah.
Sumber: Instagram @Nouruldepp, OMM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook