Dah jadi lumrah
Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, dia percaya setiap manusia akan melalui perubahan berkenaan apabila usia semakin meningkat.
Benda ini memang dah jadi lumrah buat saya. Pandangan atau mentaliti orang memang begitu. Saya sama sahaja. Biasa sahaja. Saya tak sedar pun tapi orang lain mungkin perasaan benda itu.
Mungkin para peminat, sebilangan mereka skeptikal apabila artis kesayangan mereka dah jadi hak milik seseorang, terus dah jadi lain.
Ujarnya lagi, isu peminat akan lari adalah normal apabila artis yang mereka sayang sudah mendirikan rumah tangga. Malah, akan muncul dakwaan yang tidak baik dan sebagainya.
Macam kalau saya suka kepada seseorang atau suka tengok seseorang, tapi bila orang itu buat silap sikit, rasa minat itu hilang.
Tak mengapalah. Saya pun sebenarnya tak tahu nak komen apabila orang fikir saya begitu.
Tak ambil peduli
Bukan itu sahaja, aktor berusia 41 tahun ini enggan mengambil peduli jika dia sudah tidak digilai peminat seperti zaman bujang dahulu.
Ada peminat ke, tiada peminat ke, saya pun tak tahu. Saya bawa diri macam biasa.
Saya sendiri tak sedar sama ada digilai atau tidak. Tapi, alhamdulillah sampai sekarang usia dah 40 tahun, tawaran berlakon masih ada.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Kosmo