Gaya Penyampaian Hebat! Norzie Pak Wan Chek Personaliti TV Popular, 17 Tahun Hidup Bahagia Disisi Aidid Marcello

Kemunculan Norzie Pak Wan Chek dalam industri penyiaran sekitar awal tahun 2000 berjaya menambat hati para penonton. Gaya penyampaian dan laporan yang sarat dengan infomasi menyerlahkan kredibiliti diri wanita sebagai seorang wartawan. Tidak hanya tangkas di lapangan, Norzie juga merupakan bekas penyampai berita di stesen televisyen swasta, NTV7 dan TV3.

Mendirikan rumah tangga dengan Aidid Marcello pada tahun 2005, bakat pasangan suami isteri ini dalam dunia penyiaran nyata diingati hingga ke hari ini. Aidid misalnya pernah mencipta nama sebagai pengacara program Remaja bersama Che Puan Juliana Evans. Selain berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.

Sementara isterinya, Norzie pula pernah bergelar pengacara program dokumentari popular Majalah 3 dan beberapa program temu bual lain di stesen TV yang sama.

Bagaimana pun Aidid nekad men1ngg4lkan kerjaya di stesen TV berkenaan untuk fokus kepada syarikat produksi miliknya iaitu Mindquest Digital. Begitu juga Norzie yang mended4hkan persaraannya dalam bidang ini menerusi media sosial kira-kira tiga tahun lepas.

“At 44 years old I am retired and people ask me what more do I want and look forward to in life. I say I want that peace of mind knowing that I cared for my family. I don’t want excessive riches. Just a comfortable house where I can hear the profound voice of my husband, my imam, leading my children in prayer and a life more geared towards knowing Allah and His Jannah. InsyaAllah, I pray the same for all of us.”

Norzie memiliki latar belakang pendidikan dan kerjaya yang cemerlang. Merujuk London Speaker Bureau Asia, ibu berusia 48 tahun ini berkelulusan dalam bidang English Literature dari Acadia University, Nova Scotia, Kanada dan sepanjang pembabitan dalam bidang penyiaran, dia pernah dicalonkan Best TV Journalist, Kementerian Pertahanan Malaysia 2003 menerusi laporannya NAVY Elite Force.

Malah, laporan Norzie berkaitan Muslim di Amerika Syarikat selepas ins1den 11 September bertajuk Crescent Over America tercalon kategori Best News/Current Affairs Special di Asian Television Awards 2002.

Lebih membanggakan, dia turut pernah menemu bual Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton ketika kunjungannya di Kuala Lumpur pada November 2010.

Memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga dan anak-anak, Aidid yang aktif berkongsi aktiviti dan perkembangan keluarga di media sosial meluahkan rasa bahagia memperisterikan Norzie sepanjang hampir dua dekad melayari alam perkahwinan.

“Terima kasih Allah sebab temukan saya jodoh dan teman hidup dunia saya ni. Saya sentiasa berdoa semoga perhubungan kami terus diberkati dan dipanjangkan hingga ke jannah, insyaAllah.

Sekejapnya masa berlalu. Dah 17 tahun melalui pengalaman sebagai suami isteri dan mak ayah bersama.

Macam-macam dug4an, kenangan, ujian dilalui bersama. Apa pun, terima kasih sangat-sangat kepada bidadari syurgaku Norzie Pak Wan Chek selalu menjadi tulang belakang untuk support aku dalam apa jua yang aku tempuhi.

Kitorang pun dah makin tua. Sekarang ni rasanya maybe tinggal nak settlekan 1/4 sisa hidup kamilah kot, yang lainnya memang fokus untuk membesarkan anak-anak kami dalam zaman yang paling mencabar ni.”

Mei depan, mereka bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Alyea Nai Lina berusia 17 tahun, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona