Ajar Anak Bersedekah Di Madinah, Ramai Kagum Dengan Didikan Puteri Sarah

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia telah melakukan Program Sabil di bumi Madinah dengan memberikan sedekah berbentuk makanan kepada para jemaah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di laman Instagramnya, dia bersama anaknya serta beberapa orang invividu yang lain tampil membantu dalam memberikan makanan kepada jemaah yang berada di kawasan sekitar masjid Nabawi, Madinah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Ujar pelakon yang berusia 37 tahun itu lagi, dia telah terjumpa dengan seorang jemaah yang berasal dari Egypt yang begitu akrab dan menyayangi anak lelaki, Syaikhul Islam.

“Program Sabil di Bumi Madinah. Terjumpa orang Egypt, masya-Allah sayang betul dekat Syaikhul Islam.” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Kagum dengan didikan Puteri Sarah
Susulan itu, menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman TikToknya, ramai yang meluahkan rasa kagum dan seb4k apabila melihat Puteri Sarah mendidik anaknya dalam memberikan sedekah kepada jemaah lain.

Ramai yang sayang, netizen doakan urusan Puteri Sarah sentiasa dipermudahkan
Dalam pada itu, ramai yang berharap agar Puteri Sarah sentiasa diberikan kekvatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaannya dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan selalu.

Sekadar info, Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM