Setelah Lama Mendiamkan Diri, Akhirnya Stacy Bakal Aktif Kembali Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Selepas melahirkan anak lelaki, Ogos tahun lalu, penyanyi Stacy, 32, mahu memberi tumpuan kepada karier muziknya, mulai 2023.

Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengatur strategi dengan mementaskan konsert solo pertamanya di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Menara Berkembar Petronas, di sini dan melancarkan single baharu.

“Anak pertama saya, Bella De Luna Valentina sudah berusia 11 tahun manakala Eshaal Afiq Akim menginjak enam tahun serta Isa sudah masuk enam bulan.

“Jarak usia antara mereka adalah lima tahun. Jadi, kalau boleh, biarlah jarak mereka begitu, lima tahun sekali. Jadi ada masa untuk saya.

“Jadi, 2023 adalah tahun kebangkitan saya. Sebab mungkin sebelum ini, saya banyak meluangkan masa untuk anak-anak.

“Disebabkan itu, tahun ini, banyak yang saya rancang untuk jayakan,” katanya pada sesi bersama media sempena Konsert DFP Present Stacy di DFP, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Stacy tidak pernah menyal4hkan anak-anak yang membuatkan dirinya berbahagi waktu antara keluarga dan kerjaya.

Tambah Stacy, menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu banyak membuka matanya untuk menghargai seni.

“Sebenarnya menguruskan keluarga ada hubung kait dengan kerjaya. Susah untuk saya terangkan.

“Misalnya, kalau saya tidak peduli dan menitik beratkan tugas saya di rumah, tidak mungkin saya ada pemahaman seperti sekarang.

“Kalau saya tidak pandai masak, tidak mungkin saya akan pandai cipta lagu. Memasak itu suatu kerja seni. Saya dapat idea dan konsep nyanyian di dapur.

“Jujurnya, banyak idea dan konsep saya dapat ketika memasak. Kerja ini seperti menyanyi. Kalau terlebih sangat pun tak sedap, terkurang pun tak sedap.

“Misalnya, semua orang boleh masak asam pedas tetapi rasanya berbeza,” katanya.

Mengubat rindu peminat, Stacy tampil dalam konsert solo pertama iaitu Konsert DFP Present Stacy di DFP, KLCC pada 25 Februari depan.

Stacy yang menjuarai musim keenam Akademi Fantasia (AF6) pada 2008 akan mendendangkan rangkaian lagu popularnya selama 15 tahun bertapak dalam dunia muzik.

Stacy juga akan berduet dengan suami, Akim Ahmad pada malam itu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: BH Online