Tokti Terpaksa B4tal Persembahan ‘last minute’, Ini Yang Terjadi Pada Aafiyah

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza semalam telah membatalkan secara mengejvt satu persembahan yang telah dijadualkan  apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah dikejarkan ke pusat rawatan.

Mohon maaf kepada client

Menerusi perkongsian beliau di Insta Story, biduanita yang mesra disapa Tokti itu memohon maaf kepada client kerana memaklumkan perkara tersebut last minute kerana anaknya baru sahaja mengalami kemal4ngan.

Aafiyah jatvh scooter

Menurut Tokti, Siti Aafiyah terjatvh ketika bermain scooter sehingga mengalami keced3raan di bahagian tangan. Beliau juga memaklumkan yang anaknya perlu dimasukkan ke Occupational Therapy (OT).

Beliau turut berkongsi keadaan tangan Aafiyah yang berbalut dan sebelum menerima rawatan lanjut.

Ucap terima kasih, Aafiyah dah terima rawatan

Walau bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru Tokti di Instagram, beliau memaklumkan Aafiyah dalam keadaan baik dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Permaisuri Agong pun tanya khabar

Beliau juga menjunjung kasih kepada KDYMM Tuanku Permaisuri Agong kerana bertanya khabar serta mendoakan anaknya segera sembuh.

Untuk rekod, Siti Aafiyah merupakan anak pertama Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, pelantun lagu Cindai ini telah menimang cahaya mata perempuan pada 2018.

Beliau dan suami, Dato’ Sri Mohamad Khaled Jiwa menimang seorang lagi cahaya mata pada 2021 yang diberi nama Muhammad Afwa.

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook