Ayda Jebat Tak Akan Sertai Lagi Pertandingan Berbentuk Realiti. Ini Pended4hannya

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memberitahu dia tidak mahu menyertai mana-mana pertandingan hiburan berkonsepkan realiti sejurus tamat pentas akhir Famili Duo, pada hari Ahad yang lalu.

Saya rasa sudah cukup

Rasanya kalau pertandingan berbentuk realiti, saya tak akan sertai lagi. Saya beritahu jujur. Sebenarnya masa, energi dan kreativiti itu kita boleh nak…Macam mana nak cakap ya. Saya rasa sudah cukuplah. Maksud saya yang berbentuk realiti. Kalau Anugerah Juara Lagu itu lain, InsyaAllah. Yang bukan perlu komitmen setiap minggu.

Menurut pelantun suara ‘Pencuri Hati’ ini, suaminya, Nabil Mahir belum tahu mengenai perkara tersebut. Tambah Ayda, Nabil seorang suami yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.

Saya tidak beritahunya lagi. Tapi saya rasa dia mengenali saya seorang yang bagaimana. Cukuplah setakat ini. Tidaklah serik. Tapi buat masa sekarang biar saya fokus terhadap perkara lain pula.

Terdahulu, Ayda dan adiknya, Fyna Jebat meraih tempat kedua dalam pertandingan Famili Duo. Pasangan adik beradik ini berjaya membawa pulang RM20 ribu.

Keluar Duit Lebih RM150,000 Sepanjang Bertanding, Tak Ada Rezeki Ayda Jebat & Fyna Jebat Jadi Juara

“Sepanjang lapan minggu bertanding, kos keseluruhan yang saya keluarkan sudah melebihi RM150,000. Tapi tiada rezeki kami untuk bergelar juara.”

Demikian kata-kata penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat yang mer4ngkul tempat naib juara program realiti Famili Duo TV3 yang bersiaran malam tadi dan berjaya membawa pulang RM20,000.

Berpasangan dengan adiknya, Fyna Jebat, mereka ditvmpaskan oleh duo adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah.

Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, Ayda berterima kasih kepada peminat yang menyokong perjalanan mereka dalam program Famili Duo.

“Perjalan hingga ke konsert akhir membuatkan kami rasa gembira dan bersyukur. Semestinya kami sudah sehabis baik berh3mpas pulas untuk meraih gelaran juara tapi tiada rezeki.

“Kami percaya setiap aturan Allah dan pastinya ada hikmah tersembunyi. Apa yang paling penting, semua yang kami lakukan adalah untuk peminat yang selama ini tak henti menyokong,” katanya.

@xtra_my Tahniah juga min ucapkan buat The Jebats 🤩 Apa yang penting mereka telah melakukan persembahan yang terbaik malam ini!! 🔥🤟🏼 #fyp #xtramy #FamiliDuoTV3 #aydajebat #fynajebat #sembangentertainment #beritaditiktok #naibjuara ♬ original sound – XTRA

Mengulas mengenai kos perbelanjaan dikeluarkan saban minggu mencecah lebih RM150,000 yang tidak berbaloi, penyanyi lagu Temberang ini puas kerana dapat memberikan terbaik.

“Kapal terbang, sarkas, tapak pembinaan, konsert rock dan macam-macam lagi… Semua sudah kami tonj0lkan setiap minggu. Menghitung semula kos yang saya keluarkan sendiri, secara kontra ia tidak berbaloi dari semua segi, termasuklah soal usaha, kreativiti, masa, tenaga dan sebagainya.

“Tapi saya gembira kerana sebagai penyanyi, saya puas dapat menghiburkan orang ramai. Saya sudah berikan terbaik untuk peminat. Cuma mungkin saya perlu fikirkan soal ‘practicality’.

@xtra_my Fuh! Vokal duo beradik ni Dah macam level AJL woo 🤩 Adakah Ayda & Fyna bakal juara malam ini? 😋 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 #aydajebat #fynajebat ♬ original sound – XTRA

“Apa yang penting, saya dapat berkongsi rezeki dengan pemuzik, orang belakang tabir yang menyediakan props, tetamu undangan setiap minggu, jurusolek, pereka fesyen, penata gaya, juruaudio dan ramai lagi. Itu yang paling utama kerana segala kos yang saya keluarkan adalah rezeki untuk orang lain.

“Sudah menjadi adat pertandingan, ada menang, ada yang kal4h tetapi pengalaman yang ditimba tak boleh saya beli di tempat lain. Rezeki sudah tertulis setakat naib juara, Insya-Allah ada yang lebih baik selepas ini,” katanya.

@xtra_my Persembahan kedua dari Ayda & Fyna malamni🤩 Hebat betul persembahan dorang ye 💪🏼😎 Standing ovation gais!! Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 #aydajebat #fynajebat ♬ original sound – XTRA

Menurut Fyna pula, platform Famili Duo menjadi peluang kedua untuk dirinya kembali aktif sebagai penyanyi setelah sekian lama menyepi.

“Saya dah lama tak muncul di kaca televisyen, jadi program ini satu permulaan yang baik untuk karier saya. Kami dah berikan terbaik dan semuanya boleh dilihat dalam setiap persembahan yang kami tonj0lkan.

“Saya rasa bertuah kerana mempunyai seorang kakak yang tak berhenti memberi semangat. Ayda bertungkus lvmus memberikan yang terbaik untuk kami walaupun dia sibuk dan mempunyai anak kecil sampai tak cukup tidur selama lapan minggu,” kata Fyna.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Media Hiburan, xtra