Suatu ketika dulu, berlaku satu ‘kekec0han’ tidak disangka-sangka mel4nda industri Bollywood. Pada awal tahun 2001, nama pelakon Aishwarya Rai cukup popular dan mel0njak naik sehinggalah muncul pelakon muda Dia Mirza menyebabkan ramai yang keliru.
Manakan tidak, wajahnya saling tidak tvmpah seperti Aishwarya Rai menyebabkan ramai yang berspekvlasi dan beranggapan Dia adalah klon serta pengganti Aishwarya. Apatah lagi kedua-dua pelakon jelita ini pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Salman Khan suatu ketika dahulu.
Salah satu babak dalam filem Tumko Na Bhool Payenge bersama Salman Khan
Keanggunan Dia juga sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi apatah Dia juga merupakan pemenang beberapa pertandingan ratu cantik, di mana Dia menggunggguli Miss Asia Pacific International dan Femina Miss India Asia Pacific. Nama Dia juga cukup semakin popular selepas membintangi beberapa buah filem seperti Alag, Dum, Deewaanapan, Tumko Na Bhool Paayenge, Tumsa Nahin Dekha: A Love Story, Parineeta, Dus, Lage Raho Munna Bhai dan Salaam Mumbai.
Namun selepas seketika, nama Dia seakan tengg3lam dan jarang sekali muncul di layar perak. Kali terakhir Dia berlakon dalam filem pec4h-panggung adalah pada 2018 menerusi filem Sanju. Dan yang pasti ramai merindui kelibat Dia di dalam filem memandangkan Dia juga bukan sekadar cantik dan jelita namun berbakat besar.
Wajah terkini Dia Mirza yang kekal jelita dan awet muda.
Mengintai di laman sosial Instagramnya, NONA cukup teruja melihat Dia yang kini semakin sibuk dengan aktiviti hariannya sejak bergelar seorang aktivis. Dia dilihat telah banyak terlibat dengan C4ncer Patients A1d Association dan Spastics Society of India, malah cukup aktif menyeb4rkan kesedaran H1V, pencegahan racvn kaki wanita, PETA, CRY dan terbaru NDTV Greenathon – usaha untuk mencari solusi terhadap pencem4ran.
View this post on Instagram
Selain itu, Dia juga dilantik sebagai Duta Muhibah Alam Sekitar PBB untuk India pada 2017 dan pada 7 Mei 2020, tempoh perkhidmatannya dilanjutkan sehingga 2022. Dia turut dilantik oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai penyokong Matlamat Pembangunan Mampan. Dia juga kini bergelar blogger dalam misinya menyelamatkan alam sekitar dan mewujudkan kesedaran.
Walaupun sibuk dengan tugas hakikinya sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata di mana salah seorangnya merupakan anak pra-matang yang diberi nama Avyaan Azzad, dan seorang lagi merupakan anak angkat, Samaira Rekhi, Dia juga dilihat kekal anggun dan jelita, malah wajahnya cukup awet muda di usia 41 tahun.
View this post on Instagram
Semoga yang baik-baik saja buat Dia dan keluarga.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Nona