“Sekali Kahwin Boleh 1 Baby Je” Gelagat Cik Yam Tak Nak Adik Baru Buat Netizen Terhibur

Anak-anak merupakan anugerah yang cukup berharga kepada Ibubapa. Keladiran mereka juga penyeri dalam rumahtangga. Mula-mula memang susah, tapi percayalah Allah akan buka & beri rezki satu persatu. Rezeki yang kita tak terduga. 

Sebelum ini, pelakon Fizo Omar mended4hkan dia bakal menimang cahaya mata ketiga apabila isterinya, Fazeera Nazri disahkan h4mil lima bulan.

Kenapa tak nak baby?

Berikutan daripada itu, Fizo berkongsi satu video yang memaparkan reaksi anak sulungnya, Wan Maryam apabila disoal tentang adik baru. Lebih terhibur, Maryam tidak tahu bahawa umminya sedang h4mil lagi.

Cik Yam tak approve la. Kita orang saja je nak usik dia, masa ni belum tahu lagi Faz pregnant. Macam-macam akal Cik Yam ni. Cuba tengok last-last dia cakap apa.

Menerusi video tersebut, Maryam memberitahu dia tidak mahu adik yang ramai. Tambah Maryam, daddynya perlu kahwin sekali lagi sekiranya mahu mendapatkan zuriat. Menurut Fizo, Maryam berfikir setiap pasangan yang sudah berkahwin hanya boleh dapat seorang zuriat sahaja.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Di akhir posting , Fizo berkata setiap zuriat datang bersama rezekinya. Jadi usah perlu risau, yakinlah dengan janjiNYA.

Kadang tu terfikir macam orang yang pendapatannya rendah tapi boleh besarkan anak yang ramai. Jangan hanya menilai rezeki dalam bentuk wang ringgit sahaja.

SUMBER:fizo omar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook