Madammu Ded4h Sebab Utama Dua Kali T0lak Gelaran ‘Datuk’

Usahawan popular, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu mended4hkan bahawa dirinya telah men0lak tawaran untuk diberi gelaran ‘Datuk’.

Menerusi rakaman sesi siaran langsung yang dikongsi oleh @nikzulaikha_noir, Madammu dilihat menjawab pertanyaan peminatnya yang bertanyakan mengapa tidak mahu gelaran ‘Datin’.

“Sebenarnya, Madammu macam ini… kita dah dua kali tolak tapi kitorang ini ada tujuan, ada matlamat, ada visi.

“Andai kata kitorang ini ambil Datuk (pangkat), cukup banyak ke sumbangan yang kita buat dekat Malaysia ini?

“So, saya ada misi, memang saya lahirkan usahawan wanita di mana membantu menjana ekonomi negara tapi baru je dalam 50,000,” katanya.

Malah, Madammu mempunyai target tersendiri sebelum menerima apa-apa pangkat.

“Saya target saya dapat capai 200,000 usahawan ataupun 150,000 usahawan baru saya akan fikir untuk ambil pangkat itu,” jelasnya ringkas.

@nikzulaikha_noir Inilah sebab kenapa ramai yang menjadikan madamu Idola, kerana Madammu sentiasa ada prinsip dan matlamat 💜💜 #erycabaiduri #ladynoirofmalaysia ♬ original sound – EikaNoir

Sekadar info, pengasas produk kesihatan dan kecantikan Noir ini telah menjadi penaja utama bagi acara berprestij Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) tahun lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: xtra