Setelah Pulang Dari Jerman, Kini Fazura Bercuti Di London Pula Siap Berjumpa Dengan Chef Bernard Chauly

Aktres dan usahawan terkenal, Fazura, 39, kini sekali lagi merehatkan diri dari kesibukan buat seketika dengan melakukan percutian di London.

Terdahulu, Fazura dan keluarga telah bercuti ke Jerman dan Switzerland pada Disember 2022.

Menerusi hantaran terbaru di Instagramnya, Fazura kini sudah pun berada di London, England.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“London 2023”, tulisnya ringkas.

Meninjau di Instagram Storynya, Fazura turut dikunjungi Fiza Yusof dan juga pengarah filem Gol & Gincu, Bernard Chauly yang kini bergelar seorang Chef .

Bukan itu sahaja, Chef Benard siap masakkan untuk Fazura tau!

Wow seronoknya dapat bercuti kat kota London, diam-diam je dah sampai sana. Happy holiday Fazura!

Sekadar info, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Binti Sharifuddin pernah berlakon beberapa filem arahan Benard Chauly antaranya Gol & Gincu, Pisau Cukur dan Manisnya Cinta Di Cappadocia.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: cari