[VIDEO] Dagu Aafiyah Berj4hit Jatvh Skuter, Siti Nurhaliza Kena M4rah Dengan Datuk K

Pada minggu lalu, anak sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid j4tuh tersemb4m ketika bermain skuter lalu terpaksa menerima beberapa jah1tan.

Ekoran itu, rata-rata peminat bertanya respon suami Siti iaitu Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan Datuk K.

Menerusi siaran langsung di Instagram (IG), Siti Nurhaliza yang mesra disapa Tokti mended4hkan dia telah dim4rahi Datuk K kerana membenarkan anak bermain skuter tanpa memakai alat pelindung keselamatan.

Sebelum Aafiyah main, dua hari sebelum tu dia (Datuk K) dah pesan jangan bagi anak main. Tak ada safety tu, tak pakai topi keledar.

Tokti menjelaskan skuter itu sudah lama dibeli malah ini bukan kali pertama dinasihati oleh suaminya untuk tidak membenarkan anak-anak mereka bermain dengan skuter itu namun dia tidak menghiraukan.

Sehinggalah pada hari kejadian, pelantun lagu Purnama Merindu terdengar anak perempuannya meraung dan men4ngis ketika  sedang bersiap-siap untuk menghadiri acara. Tidak menunggu lama, Tokti bergegas turun untuk melihat anaknya itu.

Saya turun tengok dagu dia, yang ini mesti kena jahit ni sebab dalam. Nasib baik tak p4nik tengok d4rah.

Datuk K yang turut berada di situ terus menegurnya kerana dia sudah melarang namun tidak diambil tindakan. Kata Tokti, dia hanya mendiamkan diri kerana sedar dengan kesilapan tersebut.

Selepas kejadian itu, dia terus membu4ng skuter tersebut kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang pada anak lelakinya, Muhammad Afwa yang berusia hampir dua tahun.

Video:

@m.s.zone Siti Nurhaliza kena marah dengan Datuk K #sitinurhaliza #fyp #foryourpage ♬ original sound – 𝕸𝕾 𝖅𝖔𝖓𝖊

Komen netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ohbulan.com