Inilah yang dinamakan jodoh! Tak kira status mahupun pangkat, jika takdir sudah tertulis sebagai suami isteri maka terjadilah. Pended4han ibu kepada selebriti cantik Noor Neelofa Mohd Noor, Datin Noor Kartini mengenai detik perkenalan dirinya dan suami iaitu Dato’ Abdul Halim Khan baru-baru ini nyata mengvndang reaksi positif warga netizen.
Bersempena ulang tahun perkahwinan mereka, Datin Noor Kartini secara eksklusif berkongsi sisi peribadi tersebut dengan followers tersayang. Semuanya selepas dia mendapat pertanyaan ramai yang ingin mengetahui kisah percintaannya bersama suami tercinta. Lantas, ibu sembilan anak ini akhirnya membuka cerita di Instastory miliknya.
“Happy anniversary sayang. You are truly a blessing from Allah SWT. Terima kasih sayang atas segala kasih sayang, segala nikmat kehidupan yang kita lalui bersama. Terima kasih sayang menjadi contoh yang baik kepada anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu.
Terima kasih telah menjadi suami yang pengasih, sahabat yang penyayang dan teman yang setia. Moga kita akan bersama hingga ke syurga. Amiin. Love you sayang.”
Menurut Datin Noor Kartini, dia dan suami mula berkenalan daripada seorang rakan mereka yang bergelar ‘Dato’. Pada awal perkenalan, mereka hanya berbalas pandangan ketika masing-masing berada di dalam kereta yang berasingan.
Bagaikan pan4han asmara, ‘Dato’ yang memperkenalkan Datin Noor Kartini dan Dato’ Abdul Halim mengajak mereka berdua untuk keluar makan.
“Malam tu Dato’ tanya mama free tak nak ajak keluar makan. Mama pun keluar dan tiba-tiba uncle pun ada dekat situ. Lepas saja jumpa masa tu, mama terkejvt sebab tiba-tiba esok lusa uncle nak kahwin dengan mama. Baru kenal 3 hari dan dia tahu mama ada anak 5 orang. Allah mudahkan jodoh kami.”
Ded4h Datin Noor Kartini lagi, dia bersyukur suami menerima anak-anak dengan baik dan menyifatkan Dato’ Abdul Halim Khan seorang suami yang sangat bertanggungjawab.
“Uncle ni penuh kasih sayang dan kasih sayang dia sangat besar. Dia sangat menghorm4ti dan menjaga mak dia. Dia jaga, menghorm4ti dan membahagiakan mama juga. Rasanya ni asbab kejayaan uncle dalam kehidupan dia.”
Tambah ibu jelita ini lagi, sikap suami yang tidak pernah berkira dengan anak-anak membuatkan dia lebih bersyukur. Malah, suami melayan kesemua anak secara sama rata dan sebab itu dia menjadikan insan berjiwa murni berkenaan sebagai tul4ng belakang dalam mengusahakan bisnes.
“Dulu sebelum mama ada bisnes sebenarnya uncle dah mula bisnes. Masa tu semua family mama dia bantu yang mana tak berkemampuan. Alhamdulillah.
Mama bersyukur sangat sebab bukan senang nak cari seorang lelaki yang budiman menerima seorang ibu tvnggal macam mama dan anak-anak dengan ikhlas.”
Sembilan anak Datin Noor Kartini ialah Noor Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Neelofa, Noor Nellisa, Nur Athira, Mohamed Aqief, Nur Athisha, Nur Ameera dan Mohamed Faliq. Selain itu, Datin Noor Kartini juga merupakan usahawan Kucate, Young and Glow dan Aunty Tini Kitchen.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Nona