Rezeki Hidup Mewah & Disayangi Mentua, ERIN MALEK Sentiasa Bersyukur “Jangan Mudah Menilai”

Aktres cantik berbakat besar yang namanya mula dikenali menerusi filem ‘Tentang Bulan’ ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Erin Malek kini bahagia menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu.

Hasil perkahwinan selama lapan tahun dengan anak usahawan automotif ternama, Farriz Fauzy, mereka dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.

Untuk info, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek sah bergelar isteri kepada Farriz pada 10 Oktober 2014. Pada majlis itu, Farriz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran RM30,000. Mereka berbulan madu di Los Angeles, Amerika Syarikat.

NONA kongsikan temu bual eksklusif bersama Erin Malek ketika bertemu dengannya di sebuah majlis baru-baru ini. Bagaimana Erin mengambil hati ibu mentuanya, rahsia kebahagiaan rumahtangga dan persediaan Erin sebelum menempuh usia 30 tahun.

DISAYANGI MENTUA

“Mak mentua saya seorang yang mudah. Kalau menegur, selalunya ibu mentua akan cakap terus je, macam suami saya juga. Sebagai orang yang lebih muda, kita kena hormat. Bila mereka bercakap kita dengar saja.

“Walaupun ada sesetengah perkara yang mungkin kita rasa tak setuju, kita kena dengar. Kita ini menantu, kena jaga hatinya dan layan mereka seperti ibu bapa kita sendiri.

“Sejujurnya bagi saya ibu mentua seorang yang penyayang, suka ambil berat tentang diri saya serta hormat keluarga dan rumahtangga kami. Walaupun sering beri teguran dan nasihat, ibu mentua tetap akan hormat segala keputusan saya dan suami.”

RAHSIA BAHAGIA

“Tiada rahsia..kami juga seperti pasangan-pasangan yang lain. Beza usia kami 10 tahun di mana suami lebih tua daripada saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang lebih matang serta dapat mendidik saya dan anak-anak dengan baik demi kebahagiaan bersama. Alhamdulillah saya bersyukur dengan segala nikmat yang diberi.

“Selain matang, suami juga seorang yang straightforward. Kalau sesuatu perkara tu salah dia akan cakap salah. Selalunya saya akan terima teguran itu demi kebaikan.

“Satu lagi, kami saling percaya dan paling penting sentiasa bersyukur. Kalau tak bersyukur, benda kecil pun akan jadi masalah besar. Maka, jalani kehidupan dengan tenang. Sentiasa berdoa agar esok lebih baik daripada hari ini.

MENANTU USAHAWAN TERNAMA

Bergelar menantu kepada usahawan ternama di Malaysia merupakan rezeki buat Erin. Bertuahnya, dalam usia 28 tahun dia memiliki segalanya. Biarpun menjalani gaya hidup mewah namun Erin tidak pernah meninggi diri. Malah, Erin sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang.

“Bahagia bukan dinilai dengan siapa kita berkahwin. Bila sentiasa bersyukur, kita akan sentiasa rasa cukup. Itulah erti kebahagiaan sebenar dalam perkahwinan.

“Kadang-kadang apa yang orang tengok di media sosial tak sama dengan yang di belakang kita (realiti), apa yang berlaku dalam rumah. Jadi, jangan mudah menilai orang lain. Ada yang hidupnya biasa-biasa saja tetapi kekal bahagia kerana sentiasa bersyukur. Jadi, saya bersyukur sangat dengan apa yang dimiliki sekarang, alhamdulillah.”

UMUR HAMPIR 30 TAHUN

“Sekarang umur saya dah 28 tahun. Bila hujung-hujung 20an ni dan bakal memasuki usia matang saya lebih banyak fokus kepada diri sendiri, keluarga, anak-anak serta orang-orang yang terdekat di sekeliling saya.

“Saya juga lebih fokus kepada perkara-perkara yang membuatkan kita rasa gembira dan bahagia. Secara tak langsung dapat elakkan diri daripada ris1ko masalah kesihatan ment4l seperti depr3ssion dan anx1ety.

“Sekarang ini golongan wanita khususnya ibu-ibu banyak terd3dah dengan risiko ini kerana tek4nan. Maka, fokus kepada yang baik-baik saja. Jaga kesihatan, pemakanan dan kekal cergas. Bersenamlah setiap hari, bukan untuk kurus tetapi demi kesihatan.

“Saya bertuah kerana mempunyai rakan-rakan yang suka bersenam. Jadi, saya ada geng untuk workout sama-sama. Selain itu, saya amalkan makanan berkhasiat dan buat aktiviti-aktiviti yang keluarkan berpeluh. Bila kita sihat secara tak langsung ia menyerlahkan kecantikan sebenar dari dalam.”

PERKEMBANGAN TERKINI

“Sudah lapan tahun saya tidak berlakon. Bukan berhenti terus sebaliknya saya terima offer yang kecil-kecil saja. Kalau yang besar-besar belum sempat lagi sebab saya nak fokus keluarga dulu buat masa ni. Anak sulung dah mula sekolah, jadi sibuk sikit. Berlakon tu InshaAllah soon..”

Kami mendoakan agar segala urusan Erin dipermudahkan dan kekal bahagia bersama keluarga tersayang.

Kredit Foto: Instagram Erin Malek

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona