Selepas hampir setahun mendvda, Datuk Afdlin Shauki mengakui sudah bertemu cinta baharu.
Namun katanya belum bersedia berkongsi perihal peribadi kepada umum terutama melibatkan wanita istimewa itu kerana menghormati bekas isteri iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah.
“Sebenarnya, saya masih tidak bersedia untuk bercakap apa-apa mengenai perkara ini (hubvngan baharu).
“Pada saya, satu benda yang ingin ditekankan adalah saya masih menghormati bekas isteri,”katanya kepada Kosmo.
Tambahnya, walaupun sudah bercer4i dia dan bekas isteri masih lagi berhubung sebagai rakan baik.
“Bagi memastikan semua benda berada dalam keadaan baik-baik sahaja, kami masih berhubung sehingga sekarang.
“Saya tetap memberikan nafkah kepada anak-anak dan dia (bekas isteri) kerana kami merupakan kawan baik.
View this post on Instagram
“Insya-Allah, suatu hari nanti saya tetap akan berkongsi mengenai status terkini saya. Sekarang saya tidak bersedia lagi,” ujarnya yang memegang watak Doktor Ramli dalam Imaginur.
View this post on Instagram
Selain Afdlin, pelakon-pelakon hebat lain yang turut membintangi filem tersebut ialah Beto Kusyairy, Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Mior, Datuk Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar.
Imaginur diarahkan oleh sutradara yang pernah mengarahkan filem KIL dan Terbaik Dari Langit, Nik Amir Mustapha bakal ditayangkan bermula 23 Februari ini.
View this post on Instagram
Terdahulu, selepas hampir 25 tahun mendirikan rumah tangga, Afdlin mengambil keputusan berp1sah dengan Maria pada April 2022.
Hasil perkahwinan sejak mendirikan rumah tangga pada 1997, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
SUMBER: cari
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook