Isteri kepada pend4kwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail tidak terasa hati apabila terdapat individu yang bertanyakan soal cahaya mata.
Menurut laporan Utusan, Hana yang juga personaliti televisyen berkata, dia memilih untuk bersikap terbuka dan melihat pertanyaan tersebut sebagai perkara positif.
“Kami sebenarnya tidak kisah kalau ada yang bertanyakan tentang h4l ini kerana pada masa sama, mereka sebenarnya mendoakan perkara yang baik.
“Saya dan suami sejak awal lagi tidak merancang s0al anak, namun kalau boleh kami mahu memiliki zuriat secepat mungkin.
“Sebenarnya, suami selalu pegang perut saya dan bertanya ada bayi atau tidak dengan nada berselor0h. Cara dia itu sebenarnya doa…
“dan harapan untuk mempunyai anak yang soleh dan solehah. Jadi, apa juga pertanyaan pasal zuriat, kami terima sebagai doa yang baik,” katanya.
View this post on Instagram
Pada masa sama, wanita berusia 37 tahun itu menyifatkan suaminya seorang yang menghiburkan tetapi mempunyai sikap tegas terutama membab1tkan soal agama Islam.
“Dia seorang yang jovial, tetapi ada juga ‘kepala anginnya’. Itu sisi tegas yang pada saya, bagus.
“Ada masa, dia akan ajar dan terapkan ilmu kepada saya secara tidak formal, jelaskan tentang hvkum agama, kupas tentang 1su masyarakat dan salah faham berkaitan agama serta sebagainya.
“Alhamdulillah, saya seronok bersuamikan lelaki yang arif tentang agama kerana tidak perlu menghadiri kelas,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Hana memaklumkan dia menerima kec4man dengan berlapang dada apabila segelintir warganet kurang gemar melihat kemesraanya bersama suami di media s0sial.
“Ramai yang buat perkara sama, kongsi gambar atau video suami, isteri dan anak di media sosial. Tetapi, mungkin tumpuan diberikan lebih kepada kami kerana dikenali.
“Kita tidak boleh pak$a orang untuk suka kita. Saya tidak mahu berpura-pura. Apa juga reaksi netizen terhadap kemesraan yang kami kongsikan di media s0sial, saya terima dengan terbuka.
“Asalkan orang dapat manfaat, Alhamdulillah. Ambil yang baik, bu4ng yang kervh, insya-Allah,” katanya.
Untuk rekod, pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Utusan (Mohammad Al Faizal Abdul Karim), Instagram Hana Ismail